Selamat maju jaya dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang di ucapkan kepada semua calon -calon SPM 2023 SMKA Tun Perak, Jasin.
Permohonan kemasukan ke sekolah khusus dan semakan pusat pentaksiran boleh dilakukan di pautan berikut:
Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 dari warga Tun Perak
Ibu bapa atau penjaga yang ada memohon kemasukan anak mereka ke tingkatan satu sekolah khusus boleh membuat semakan keputusan mulai 17 Mac.
Perkara tersebut dimaklumkan Kementerian Pendidikan menerusi pautan laman sesawang rasmi Sistem Permohonan Sekolah Khusus Ke Tingkatan Satu (SPSKT1).
Semakan tawaran tersebut boleh dilakukan melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my/ atau aplikasi perkhidmatan elektronik kementerian berkenaan iaitu https://www.moe.gov.my
9 FEBRUARI 2023
Tahniah kepada murid-murid yang menerima anugerah dalam Majlis Apresiasi Temasya Bahasa Peringkat Negeri Melaka 2023. Semoga Tun Perak Terus Cemerlang
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Perginya sahabat guru yang sangat baik Ustaz Shahabudin bin Mohamad. Bertuah ustaz pergi di hari sayyidul ayyam..Kami warga SMKA TUN PERAK sangat terasa kehilangan…moga ustaz ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh..
اللّٰهُمَّ آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Selamat kembali ke sekolah 2023
Didoakan semua calon SPM Tun Perak 2022 berjaya dalam Ujian Diagnostik 3 SPM 2022
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1444H/2022
Ucapan salam Maulidur Rasul buat semua umat islam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW
Tahniah kepada En Ramzi yang dianugerahkan Anugerah Platinum dalam PdPC berkesan anjuran Institut Aminudin Baki.
Johan Pertandingan Filem Pendek Negeri Melaka. Tahniah kepada murid-murid dan guru penasihat.
Warga Tun Perak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65 kepada semua rakyat Malaysia.
Semoga Negara Malaysia sentiasa di bawah rahmat Allah SWT. Amin
Dari seluruh warga Tun Perak, kami mengucapkan selamat tahun baru.
Semoga kehidupan kita akan sentiasa diberkati Allah Taala.
Tarikh kejohanan pada 28 Julai 2022
Kejohanan tahunan dijadualkan pada 14 Julai 2022
Bersempena dengan tarikh hari raya Aidiladha pada 10 Julai 2022 (10 Zulhijjah 1443), warga Tun Perak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.
Semoga hidup kita sentiasa di bawah rahmat Allah
Selamat Hari Guru 2022 diucapkan kepada semua guru. Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
Tahniah kepada Siti Aishah yang menjadi johan Bicara Buku Peringkat Negeri Melaka
Selamat datang dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat kepada murid-murid Tingkatan 1 Tun Perak.
Tarikh pendaftaran asrama pada 16 Mei 2022 dan tarikh pembelajaran bersemuka pada 17 Mei 2022
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan selamat bercuti diucapkan kepada seluruh warga Tun Perak dan seluruh muslimin-muslimat.
Semoga tahun ini dianugerahkan keampunan dari Allah swt. Amin
Warga Tun Perak mengucapkan selmat menyambut Hari Pekerja 2022. 1 May 2022
Majlis penutupan program Ihya' Ramadhan yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan.
Program Iftar Jamaie SMKA Tun Perak bagi tahun 2022/1443
Semua warga Tun Perak yang berkelapangan dijemput menghadiri ceramah Nuzul Quran.
Makluman Program Pelajar Tingkatan 5 yang akan diadakan pada hari Rabu 20 April 2022, jam 7.40-9.10 pagi bertempat di Surau al Badr, SMKA Tun Perak
Jemputan untuk semua ahli PIBG SMKA Tun Perak ke Mesyuarat Agung PIBG ke 50, pada 23 April 2022 pukul 10.00 am.
Diucapkan Selamat Kembali Ke Asrama untuk murid-murid Tingkatan 2 - Tingkatan 5. Semoga kehadiran anakanda semua diberkati Allah dan di kurniakan kejayaan dunia dan akhirat.
Warga Tun Perak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Semoga segala amal diterima Allah.
Sesi libat urus Tuan Pengetua SMKA Tun Perak dengan Penjaga/Ibu/Bapa
Ahlan Wasahlan diucapkan kepada penuntut SMKA Tun Perak, Jasin sesi 2022/2023, Tingkatan 1 yang baharu, .
Di sini bersama kita mencipta kejayaan di dunia dan di akhirat . Insyaallah
Semakan tawaran samada permohonan berjaya atau tidak boleh dibuat di
Tingkatan 1 (SBP & SMKA) : https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4 (SBP, SMKA, SMT & MTD) / Tahun 1 SVM : https://spskt4.moe.gov.my/
Semoga semua usaha permata-permata SMKA Tun Perak membuahkan hasil yang cemerlang
Majlis Taudi'e bagi calon-calon SPM 2021
MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT KHAS :
Semua Warga Sekolah dijauhi penyakit merbahaya.
Permudahkan segala urusan sekolah
Sempena Ujian ULBS Bahasa Arab 22-23 Nov 21.
Sempena Ujian Amali Sains 24 Nov 21
Sempena Peperiksaan Percubaan SPM bermula 25 Nov 21
Tarikh : 18 Nov 21- Khamis
Masa : 7.00- Solat maghrib & solat hajat dirumah.
7.45 - Bacaan yaasin & Doa Selamat(GM)
Tempat : Kediaman Masing2
Akaun : Google Meet
Anjuran : KGS, UBK & PAIBA
Link : https://meet.google.com/fms-ttmn-aji
Semoga dipermudahkan segala urusan guru, murid dan ibubapa SMKATP.
Terima Kasih
27 Oktober 2021
Majlis Perasmian Studio Mini Tun Perak yang akan dirasmikan oleh Tuan PPD Daerah Jasin.
Warga Tun Perak juga amat terhutang budi kepada Puan Khadijah, pelatih NPQEL 2021 yang mana dengan usaha beliau studio mini ini telah direalisasikan.
JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 49 SESI 2019/2021
Tarikh : 24 OKTOBER 2021
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kediaman Masing2
Kehadiran : WAJIB
Link : akan dimaklumkan. 30 minit sebelum program bermula
Semoga perjalanan mesyuarat agung berjalan lancar dan mendapat keberkatan Allah SWT
Permohonan kemasukan ke sekolah-sekolah khusus SBP/SMKA Tingkatan 1 bagi ambilan 2022 telah dibuka, bermula dari 10 Oktober 2021 - 15 November 2021.
Kepada ibubapa yang berminat sila layari https://spskt1.moe.gov.my
31 Ogos 2021
Warga Tun Perak mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia
Bersama menjayakan PKA 2021 untuk kecemerlangan SPM 2021 SMKA Tun Perak
Program Khas motivasi bagi meningkatkan kesedaran dalam meghadapi situasi luar jangka serta untuk menghadapi SPM 2021
Tarikh : 13 Jun 2021
Masa : 8.00-9.00pm
Tempat : Kediaman Masing2
Link : Akan diberi 20 minit sebelum bermula
Kehadiran : Wajib bagi semua calon SPM 2021
Moga program ini memberikan sedikit sebanyak persediaan sebelum pdpr bermula 14hb ni.
Terima Kasih
Zulhelmi Setapa
GBK SMKA Tun Perak
Tahniah! Selamat datang dan selamat menjadi warga Tun Perak diucapkan kepada murid-murid baharu Ambilan ke-2 SMKA Tun Perak, Jasin.
Bersama-sama kita menjayakan SMKA Tun Perak Run For Donation 2021.
Sila klik link untuk butiran
Perhatian kepada calon-calon Peperiksaan SPM 2020, keputusan peperiksaan anda boleh diakses melalui salah satu cara daripada medium yang dipaparkan disebelah. Harap maklum
Assalamualaikum
Unit Bimbingan & Kaunseling dengan Kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan bahasa Arab akan menganjurkan majlis bacaan yasin sempena pengumuman keputusan SPM 2020 pada ketetapan berikut.
Tarikh : 09 Jun 2021
Hari : Rabu
Masa : 08.00 PM
Saluran : Google Meet
Pimpinan : Ust Ahmad Syauqi.
Sila gunakan link GMeet berikut https://meet.google.com/pvv-yowg-dvh
Dijemput Semua Ibubapa dan Calon SPM 2020 Khususnya serta Warga STP Untuk Bersama-sama Di Dalam Majlis Ini. mendoakan agar semua calon SPM 2020 memperoleh keputusan cemerlang.Aminn
En Zulhelmi bin Setapa
GBK Smka Tun Perak
Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik. 16 MEI 2021
"BERGURU DEMI ILMU BINA GENERASI BARU'
Selamat berkhidmat di tempat yang baharu diucapkan kepada Ustaz Khairudin. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Tahniah dan selamat datang kepada Pengetua baharu SMKA Tun Perak, Jasin. Ustaz Muhammad Rezel B Masah
Selamat menduduki ujian kepada semua pelajar SMKA Tun Perak
Selamat Datang & Kembali Bersemuka Sesi Persekolahan 2021, Moga Allah Permudahkan segala urusan kita semua.
آمِيْنُ يَا رَبِّ العَالَمِيْن
Pengetua dan seluruh warga SMKA Tun Perak mengucapkan selamat menduduki peperiksaan buat semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan.
Semoga semua pelajar sentiasa diberikan kelapangan hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi peperiksaan yang berlangsung.
Tanamkanlah usaha yang kuat, diselitkan dengan doa tanpa henti dan juga jangan lupa bertawakal kepadaNya semoga kejayaan milik bersama.
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
(Surah Ali Imran : 159)
“Kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah”
Sekian terima kasih,
Setulus ikhlas,
Mohd Khairuddin B Yusop
Semoga dipermudahkan menjawab soalan hari ni dan mendapat keputusan cemerlang kepada 92 orang calon SPM 2020 STP.
Selamat kembali ke sekolah di ucapkan kepada para murid Permata SPM 2020.
Semoga usaha anda dan guru membuahkan kejayaan.
Taklimat yang akan dijalankan oleh Guru Kaunselor Sekolah, En. Zulhelmi di https://meet.google.com/spq-dwgc-awc
Diharapkan semua pelajar baharu Tingkatan 4 2021 dapat turut serta