15 - 17 DISEMBER 2023
Program Kecemerlangan SPM Anak-anak Tun Perak siri yang ke-3 untuk murid-murid Tingkatan 5 yang sedang dan bakal menduduki peperiksaan SPM telah dijalankan di D'Village Ayer Keroh selama tiga hari dua malam dari 15 - 17 Disember 2023.
Insyaallah calon-calon SPM 2023 telah bersedia untuk SPM 2023 dan akan berjaya dengan cemerlang.
12 DISEMBER 2023
Tahniah kepada SMKA Tun Perak kerana menjadi johan dalam pertandingan Melaestarikan Sejarah Sekolah-sekolah Negeri Melaka Berasaskan Nama Tokoh Tersohor Kategori B bagi Daerah Jasin.
Hadiah penghargaan disampaikan di majlis Makan Malam Bersama Ketua Menteri Melaka Bersama Warga Pendidik.
12 DISEMBER 2023
Program Kolaboratif Kecemerlangan Sains SPM 2023 antara SMKA Tun Perak, SM Tahfiz Al-Quran Chenderah dan SMA As-syakirin
🔹 12 Disember 2023
🔸 2.00 petang - 5.00 petang
🔹 Dewan SM Tahfiz Al-Quran
9 DISEMBER 2023
Acara kemuncak tahunan asrma Tun Perak telah berlangsung di Dwan Orang Ramai Jasin Bestari dengan dirasmikan oleh Tuan Pengetua.
9 DISEMBER 2023
Program senamrobik dan explorace asrama 2023 yang telah di adakan diperkarangan Taman Rekreasi MDJ. Program ini dikendalikan oleh warden-warden asrama dengan bantuan penghuni asrama Tingkatan 4. Tahniah
7 DISEMBER 2023
Majlis becaan yassin dan solat hajat sempena dengan Peperiksaan SPM 2023 telah diadakan di Surau AlBadr. Tuan Pengetua dan Ustaz Shamsul (wakil SPI Melaka) juga tidak melepaskan peluang memberi kata-kata perangsang dan nasihat kepada calon-calon SPM yang sedang menjalani peperiksaan SPM 2023.
Semoga Allah memberikan kurnia kejayaan kepada calon-calon SPM 2023 SMKA Tun Perak. Insyaallah
7 DISEMBER 2023
Majlis penyerahan bas SMKA Tun Perak telah dilaksanakan oleh Puan Timbalan PPD Jasin di perkarangan dataran perhimpunan SMKA Tun Perak dengan disaksikan oleh beberapa warga Tun Perak.
Bas yang berkapasiti 23 penumpang dengan rasminya telah sampai ke sekolah pada 4 Disember 2023.
6 DISEMBER 2023
Tahniah kepada pasukan Tun Perak yang menjadi Johan pertandingan memasak rimba yang telah diadakan di SMKA Sharifah Rodziah, Melaka.
6 DISEMBER 2023
Career Exploration Program yang telah dijayakan bersama pihak PERKESO telah berlangsung di dewan sekolah dengan penyertaan semua murid-murid Tingkatan 4.
Semoga program ini memberi banyak faedah kepada murid-murid ini dalam memilih hala tuju kerjaya pada masa hadapan.
2 DISEMBER 2023
Program Kolaboratif Kecemerlangan Sains SPM 2023 antara SMKA Tun Perak dengan SM Tahfiz Al-Quran Chenderah
🔹 2 Disember 2023
🔸 8 pagi - 1 petang
2 DISEMBER 2023
Dengan keinginan untuk menanam budaya keinginan untuk cemerlang di kalangan murid-murid Tun Perak, Program Kecemerlangan Anak-anak Tun Perak telah dilaksanakan dengan penglibatan murid-murid dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 oleh tenaga pengajar dari luar dan dalam. Program ini dilaksanakan dari masa ke semasa dan diharapkan ianya dapat membuahkan hasil yang baik yang diharapkan oleh semua warga Tun Perak. Insyaallah.
1 DISEMBER 2023
Tahniah kepada murid-murid Tingkatan 5 yang diraikan sebelum menempuhi peperiksaan SPM 2023 dengan Majlis Graduasi yang ke-10 SMKA Tun Perak.
Semoga majlis ini meberi suntikan semangat untuk lebih gigih dalam memperbaiki keputusan SPM yang sebenar nanti. Insyaallah.
1 DISEMBER 2023
Satu majlis ringkas penyerahan sijil penghargaan kepada guru-guru Tingkatan 5 yang berjaya memperbaiki GPS sekolah. Perbandingan GPS antara Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan SPM 2023.
29 NOVEMBER 2023
Tahniah kepada pasukan kriket Tun Perak kerana berjaya menjadi Naib Johan Kejohanan Kriket Juara-juara Sekolah Negeri Melaka 2023
24 dan 25 NOVEMBER 2023
Program lawatan murid-murid Tingkatan 5 asrama SMKA Tun Perak ke Johor Bahru.
24 NOVEMBER 2023
Sumbangan kewangan daripada syarikat insurans Usrah Associates kepada Kelab Guru dan Kakitangan SMKA Tun Perak
22 NOVEMBER 2023
Program motivasi untuk murid-murid Tingkatan 4 yang telah diadakan di Kem Modal Insan Sungai Rambai, Melaka.
Diharapkan program ini memberi banyak pengajaran dan ilmu baharu kepada anak-anak Tingkatan 4 Tun Perak
16 NOVEMBER 2023
Bengkel Pemantapan Ilmu Falak dan Astronomi Peringkat Negeri Melaka
🔹 Anjuran : Jabatan Mufti Negeri Melaka
🔸 Tarikh : 16 November 2023
🔹 Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
🔸 Tempat : Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara Melaka
📍 Senarai nama murid yang terlibat :
1. Muhammad Aiman Harith bin Abd Rahim (4A2)
2. Ummi Umairah binti Yahya (3A1)
3. Balqis Abadi bin Mohammad Tarmizi (3A1)
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Aiman Harith kerana terpilih untuk mewakili Melaka ke Olimpiad Kuiz Falak Kebangsaan di Negeri Sembilan pada 24-26 November 2023.
10 NEVEMBER 2023
Majlis Penutupan Minggu Solidariti Palestin telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Muhammad Rezel b Masah,
Majlis diserikan dengan lagu "Atuna Tufuli" yang disampaikan oleh murid-murid Tingkatan 1 dan penyampaian hadiah pertandingan sepanjang minggu solidariti tersebut,
Tuan Pengetua juga mengumumkan SMKA Tun Perak telah berjaya mengumpul dana solidariti Palestin berjumlah RM2203 dan telah diserahkan kepada JPN Melaka.
Terima kasih warga Tun Perak, semoga segala sumbangan kalian dapat mengurangkan sedikit penderitaan rakyat Palestin dan semoga doa kalian dimakbulkan Allah.
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
8 NOVEMBER 2023
Program yang dianjurkan oleh UBK SMKA Tun Perak ini mengetengahkan ceramah tentang isu-isu sahsiah murid-murid di sekolah ketika ini iaitu Vape dan Jenayah Juvenil.
Diharapkan program ini dapat memberi banyak manafaat kepada murid-murid Tun Perak
4 OKTOBER 2023
Hujung minggu diisi dengan Program Kecemerlangan Anak-anak (PKA) Tun Perak.
Bengkel Teknik Menjawab Biologi, Bengkel Accountancy dan Bengkel Seni untuk murid Tingkatan 4 dan 5, AlJabrah (kelolaan UBK) untuk murid Tingkatan 2 dan 3 juga Bengkel Asas Kemahiran Algebra untuk murid Tingkatan 1.
Syabas Tun Perak, semoga PKA ini menjadikan Tun Perak lebih cemerlang.
3 OKTOBER 2023
Lawatan sambil belajar ahli Kelab Falak SMKA Tun Perak ke Balai cerap Al Khawarizmi. Antara aktiviti telah dijalankan :
1. Pengenalan ilmu falak
2. Tayangan dome
3. Penentuan arah kiblat
4. Memasang teleskop
5. Riadah
6. Tayangan objek angkasa seperti galaksi & Buruj
Semoga lawatan ini memberi ilmu yang amat berguna kepada murid-murid Tun Perak Kelab Falak.
3 OKTOBER 2023
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Syauqi yang bertajuk "Palestin Bumi Ambiya'".
31 OKTOBER 2021
Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Insaniah Peringkat Sekolah telah berjalan bersama dengan Pelancaran Minggu Solidariti Palestin.
Majlis ini juga dilancarkan serentak di seluruh Malaysia oleh Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia.
Dua orang murid telah dilantik oleh pihak sekolah sebagai Duta Sahsiah yang pertama.
Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah dari PPD (Pejabat Polis Daerah).
31 OKTOBER 2023
Pelancaran Minggu Solidariti Palestin peringkat sekolah telah dilancarkan pada hari ini yang mana antara lainnya bertujuan untuk menerapkan sifat kesyukuran dan menghargai nikmat keamanan dan kedamaian yang dikecapi rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Murid-murid dilatih untuk menghargai dan bersyukur nikmat keamanan negara dan menginsafi penderitaan yang dilalui warga Palestin.
Pada masa sama, pihak sekolah juga menubuhkan Tabung Palestin bagi menyokong inisiatif bantuan Kerajaan Malaysia yang menyasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM100 juta kepada rakyat Palestin
#freepalestine
27 OKTOBER 2023
Program PKA bagi matapelajaran Ekonomi dan Fizik yang dijalankan serentak bagi murid-murid SPM 2023 dan 2024.
Semoga program ini memberi pendedahan kepada murid SPM 2024 dan rujukan yang bermakna bagi murid SPM 2023, Insyaallah
27 OKTOBER 2023
Majlis Penyerahan Slip PBD pertengahan tahun 2023 telah dijalankan di kelas masing-masing.
27 OKTOBER 2023
Program PKA Bahasa Melayu yang telah disampaikan oleh Datin Noraini
Program ini diharap dapat memberi pendedahan yang mendalam dalam penguasaan Bahasa Melayu untuk murid-murid Tingkatan 1.
26 OKTOBER 2023
Program Bangkit Matematik Tingkatan 4 telah diadakan di DEMA Aspura yang disampaikan oleh En Hasrul Azrin B Nazir (Sir Jezel)
Semoga program ini memberi banyak kebaikan kepada murid-murid Tingkatan 4 dalam menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan
23 OKTOBER 2023
Perhimpunan rasmi Isnin yang disertakan juga dengan anugerah-anugerah yang telah dimenangi oleh murid dan guru Tun Perak, antaranya
Pertandingan kawad kaki kadet polis kebangsaan
Pertandingan merentas desa negeri
Pertandingan iabD 2023
Anugerah Lestari Sejarah Sekolah Kategori B
Keceriaan kelas
Tahniah kepada yang telah mengharumkan nama SMKA Tun Perak.
18 OKTOBER 2023
Majlis telah diadakan di Dewan SMKA Tun Perak. Semoga majlis ini memberi kekuatan mental kepada permata SPM 2023 SMKA Tun Perak untuk menempuhi peperiksaan SPM.
17 dan 18 OKTOBER 2023
Tahniah kepada pasukan guru (Anugerah Emas) dan murid (Anugerah Perak) yang telah menyertai pertandingan Inovasi MTM-iabD 2023 yang berlangsung di MMU
14 OKTOBER 2023
Program kolaborasi antara SMKA Tun Perak dengan SMKA Sharifah Rodziah dan SBPI Selandar
13 OKTOBER 2023
Peluncuran program Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi peringkat sekolah telah diadakan di Dataran Ilmu SMKA Tun Perak
9 OKTOBER 2023
Program yang diadakan di USIM dan disertai oleh murid-murid Tingkatan 4.
Semoga program ini memberi impak positif yang besar kepada murid-murid tersebut.
27 SEPTEMBER 2023
Program ceramah sempena Maulidur Rasul telah diadakan di Surau AlBadr dan dihadiri oleh murid-murid Tingkatan 1, 2, 3 dan 4.
27 SEPTEMBER 2023
Unit HEM SMKA Tun Perak dengan kerjasama JPNM telah menganjurkan sesi ceramah dalam Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik.
Diharapkan program ini dapat membentuk lagi sahsiah murid-murid Tun Perak
27 SEPTEMBER 2023
Program lawatan penanda aras SMKA Tun Perak ke Indonesia dengan tumpuan ke Universitas Andalas, Padang dan Pondok Pesantren ArRisalah dari 27 September hingga 1 Oktober 2023.
Semoga lawatan ini dapat memberi pengalaman dan input yang baik untuk menjadikan SMKA Tun Perak lebih baik dimasa hadapan.
21 SEPTEMBER 2023
Satu bengkel untuk kelab falak dan astronomi sekolah-sekolah Negeri Melaka telah diadakan di UTEM yang menjuruskan kepada penggunaan takwin Hijri dan Miladi.
Semoga program ini akan menambahkan lagi pengetahuan kepada murid-murid Tun Perak.
20 SEPTEMBER 2023
Seminar motivasi untuk permata-permata SPM Tun Perak 2023 yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Felcra Berhad.
Semoga program ini memberi banyak kebaikan kepada murid-murid Tun Perak yang bakal menghadapi SPM nanti.
18 SEPTEMBER 2023
Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan ke 66 peringkat sekolah yang telah dirasmikan oleh Pn Suryati Zainal, Timbalan PPD Jasin, Sektor Pengurusan Sekolah telah diadakan di Tapak Perhimpunan Sekolah.
Majlis diserikan dengan deklamasi sajak dan nyanyian lagu patriotik beramai-ramai juga penganugerahan kepada pemenang-pemenang pertandingan-pertandingan yang telah diadakan sepanjang Bulan Kebangsaan 2023 SMKA Tun Perak.
Sebelum bermulanya majlis terdapat tiga penyampaian hadiah dan sijil untuk Pertandingan Kadet Polis Daerah, Petandingan STEM dan MFLS.
Semoga warga Tun Perak dapat mendalami semangat patriotisme sayangkan negara.
13 SEPTEMBER 2023
Program senamrobik sempena sambutan bulan kebangsaan ke-66 peringkat sekolah telah diadakan di Dataran Perhimpunan SMKA Tun Perak.
Program diadakan dengan kerjasama KBS.
7-9 SEPTEMBER 2023
Hari Kokurikulum dan Hari Perkhemahan Perdana SMKA Tun Perak telah dijalankan dari 7 - 9 September 2023 dengan pelbagai acara yang telah berjaya dilangsungkan.
Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh En Mohd Ghazali B mohd Yusop, KPPK SPI JPN Melaka.
Terima kasih kepada semua warga Tun Perak yang telah terlibat sepanjang acara ini, semoga anak-anak Tun Perak memperolehi pengalaman yang amat berharga sepanjang program ini.
6 SEPTEMBER 2023
Program gotong-royong MADANI 2023 peringkat sekolah ini telah diadakan dengan tujuan memupuk berpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibubapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membangunkan kemenjadian murid.
Semoga program ini memberi manafaat yang banyak kepada warga Tun Perak.
20 - 23 OGOS 2023
Program Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP-KPS) 2023 Peringkat Kebangsaan telah diadakan di Miri,Sarawak bermula 𝟐𝟎 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟑-𝟐𝟐 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟑. 16 buah sekolah menengah yang telah memenangi CIP-KPS peringkat negeri masing-masing bertanding pula CIP-KPS Peringkat Kebangsaan.
𝐒𝐌𝐊𝐀 𝐓𝐮𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤 telah 𝐦𝐞𝐰𝐚𝐤𝐢𝐥𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚. Pertandingan tersebut diadakan di sekitar Eastwood Valley Golf & Country Club, 𝐌𝐢𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤.
Majlis Perasmian Penutup Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan telah disempurnakan oleh 𝐘𝐁 𝐒𝐞𝐧𝐚𝐭𝐨𝐫 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐅𝐮𝐳𝐢𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐥𝐥𝐞𝐡, 𝐓𝐢𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐠𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐬 𝐒𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 pada 22 Ogos 2023.
18 OGOS 2023
Tahniah pasukan bola jaring B18 Tun Perak yang telah berjaya menduduki tempat ke tiga dalam Kejohanan Bola Jaring MSSN Melaka.
18 OGOS 2023
Majlis perpisahan Ustazah Erlind yang bertukar tempat bertugas yang telah diadakan di perkarangan Dataran Perhimpunan SMKA Tun Perak.
Majlis perpisahan ini telah diwakilkan kepada suami beliau kerana beliau tidak dapat bersama-sama warga Tun Perak disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Selamat bertugas di tempat baharu Ustazah....
14 OGOS 2023
Majlis pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat sekolah telah diadakan di Surau AlBadr dengan perasmian dilakukan sendiri oleh Tn Pengetua.
Semoga semangat patriotik sayangkan negara warga Tun Perak terpupuk dengan berkesan.
28 JULAI 2023
Latihan kebakaran yang telah dijalankan dengan kerjasama Pasukan Bomba Balai Jasin Bestari.
Semoga latihan ini menambah tahap siapsiaga warga Tun Perak jika berdepan dengan musibah kebakaran.
27 JULAI 2023
Kejohanan Olahraga dan Sukan Tahunan Sekolah SMKA Tun Perak telah berjaya diadakan dari 25 Julai dan berakhir pada 27 Julai 2023.
Perasmian penutup kejohanan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En Khairudin B Yusop, KPPK Unit Pendidikan Swasta JPN Melaka.
Tahniah kepada yang berjaya.
26 JULAI 2023
Kejohanan catur peringkat daerah yang telah berlangsung di SMK Tun Syed Zahiruddin.
Semoga anak-anak Tun Perak cemerlang diperingkat negeri MSSN, yang akan berlangsung pada 8 dan 9 Ogos di TUSZA.
25 JULAI 2023
Ekspo YSE yang telah diadakan di SMK Hang Kasturi. Terima kasih kepada guru pengiring dan Tahniah kepada peserta yang berjaya.
22 JULAI 2023
Program motivasi murid-murid lelaki yang telah di adakan di Kem Modal Insan, Sungai Rambai.
Semoga program ini memberi kebaikan yang banyak kepada putera-putera Tun Perak.
20 JULAI 2023
Tahniah kepada murid dan guru yang telah menjadi juara dalam pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Negeri Melaka.
19 JULAI 2023
Program jaringan SMKA Tun Perak dengan Pertubuhan Kabajikan Anak-anak Yatim Islam Daerah Jasin.
12 JULAI 2023
Karnival Pendidikan Kerjaya Murid yang diadakan di Politeknik Merlimau yang melibatkan semua pelajar kelas 5A1 dan 5A2.
Semoga program ini memberikan banyak manfaat kepada murid-murid Tun Perak yang terlibat.
10 JULAI 2023
Sumbangan daripada Kerajaan negeri Melaka untuk murid-murid Permata SPM 2023.
Semoga sumbangan ini memberi sedikit semangat kepada guru-guru dan murid-murid Tun Perak dalam menghadapi peperiksaan SPM 2023 nanti.
6 JULAI 2023
Lawatan penanda aras dari SMA Tahfiz ke Koperasi SMKA Tun Perak Berhad.
Semoga lawatan ini memberikan banyak kebaikan kepada kedua-dua sekolah.
4 JULAI 2023
Program khidmat bantu daripada JPN dan PPD dalam pengurusan kurikulum sekolah.
Program yang memberikan banyak input-input kepada sekolah dalam menambah kecemerlangan dalam pengurusan kurikulum.
3 JULAI 2023
Majlis pelancaran program mentor mentee murid SPM 2023.
Semoga dengan komitmen mentor-mentor dan mentee-mentee dapat meningkatkan kecemerlangan permata SPM 2023.
21 JUN 2023
Kejohanan tahunan yang telah berlangsung dengan meriah.
Tahniah kepada pemenang.
8 JUN 2023
Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2022 telah berlangsung di Dewan Sekolah oleh Tn Pengetua, Ustaz Rezel b Masah.
Semoga keputusan pada tahun ini menjadi inspirasi kepada calon SPM 2023 untuk menjadi keputusan SPM 2023 lebih cemerlang.
23 MEI 2023
Selamat bersara kepada Pn Fauziah Omar (bersara pada 1 Jun 2023) dan Pn Azla Yaakob (bersara pada 24 Mei 2023).
Terima kasih atas sumbangan kepada Tun Perak dan kepada pendidikan tanah air tercinta.
Semoga sentiasa berbahagia dan diberkati Allah.
Terima kasih Cikgu
17 MEI 2023
Sambutan Hari Guru disambut bersama dengan Sambutan Hari Raya.
Sambutan Hari Raya disambut mengikut kelas kerana berpandukan SOP cuaca panas yang tidak membenarkan perhimpunan beramai-ramai murid di suatu tempat terbuka.
11 MEI 2023
Sambutan hari raya aidilfitri guru dan AKP yang dijayakan oleh KGS 2022.
Terima kasih semua
18 April 2023
Majlis penutupan program Ihya Ramadhan 2023 yang telah diadakan di surau AlBadr SMKA Tun Perak telah berlangsung dengan jayanya.
17 April 2023
Majlis berbuka puasa perdana murid-murid Asrama Tun Perak untuk Ramadhan 1444.
Majlis telah berjaya diadakan di perkarangan Dewan Makan Aspuri.
17 APRIL 2023
Program tahunan sekolah yang mana pada tahun ini telah dirasmikan sendiri oleh Yang Berbahagia En Nasaruddin B Hj Rahmat, KPP Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.
Semoga program ini menambahkan rahmat Allah dan warga Tun Perak sentiasa dilimpahai dengan ilmu yang baik.
16 April 2023
Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 2023 satu pertandingan kad ucapan Hari Raya telah diadakan.
Berikut adalah link kad ucapan yang telah dihasilkan oleh murid-murid SMKA Tun Perak
12 APRIL 2023
Program ceramah yang melibatkan semua murid-murid Tun Perak telah berlangsung di Surau AlBadr.
Ceramah ini adalah anjuran Jabatan Agama Islam Melaka dengan kerjasama MAIS dan UBK Tun Perak.
Semoga memberi banyak manafaat kepada murid-murid Quratun A'yun Tun Perak.
27 JANUARI 2023
Hari pendaftaran murid-murid baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 telah berlangsung dengan lancar.
Tahniah kepada murid-murid yang telah ditawarkan dan melanjutkan pelajaran di SMKA Tun Perak. Semoga anda semua beroleh kejayaan cemerlang di Tun Perak. Insyaallah
22 MAC 2023
Program pelancaran ihya ar ramadhan 2023 yang dilancarkan oleh Tn Pengetua. Program pelancaran di serikan dengan majlis ceramah Ramadhan oleh Ustaz AlHafiz dari JAIM dan solat hajat perdana.
Semoga diberi keberkatan oleh Allah
21 MAC 2023
Program sempena permulaan sesi persekolahan 2023/2024 KPM bersama dengan Polis DiRaja Malaysia
17 FEBRUARI 2023
Majlis 'sent-off' Cikgu Jamal sempena hari terakhirnya bertugas di SMKA Tun Perak telah berlangsung pada tengahari Jumaat iaitu hari terakhir persekolahan sesi 2022/2023.
Terima kasih cikgu, jasa dan khidmat bakti cikgu di bumi Tun Perak akan sentiasa dikenang oleh anak-anak muridmu dan rakan-rakan. SELAMAT BERSARA
16 FEBRUARI 2023
Majlis telah diadakan dengan jayanya di Surau AlBadr dengan kerjasama UBK dan HEM. Majlis juga diselitkan dengan penerangan UPU.
Semoga anak-anak Permata SPM memperoleh kejayaan cemerlang dalam SPM 2022.
14 FEBRUARI 2023
Murid-murid Tingkatan 4 bersama dengan guru-guru pengiring menyantuni anak-anak yatim di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Harapan (Petah) Krubong.
Semoga amal kabajikan sentiasa menjadi amalan SMKA Tun Perak.
13 FEBRUARI 2023
Perhimpunan rasmi diserikan dengan penganugerahan beberapa anugerah dan perasmian gazebo dan meja batu yang telah diwakafkan oleh En Firus.
11 FEBRUARI 2023
Program rehlah untuk pelajar-pelajar asrama yang telah diadakan di Dataran Jasin.
Semoga program ini memberi faedah yang banyak kepada murid-murid asrama Tun Perak.
10 FEBRUARI 2023
Majlis persaraan Cikgu Jamal yang telah diadakan di kantin sekolah berlangsung dengan sederhana dan meriah.
Terima kasih cikgu, segala jasamu akan sentiasa dikenang sehingga ke akhir hayat. Selamat bersara Cikgu Jamal (24 Februari 2023)
8 FEBRUARY 2023
Pameran Young Stemists Expo (YSE) SMKA Tun Perak telah diadakan bertempat di dewan Tun Perak.
Semoga program ini dapat menarik minat dan menambah ilmu pengetahuan kepada murid-murid Tun Perak tentang bidang STEM.
6 FEBRUARI 2023
Peggambaran yang diadakan untuk buku tahunan sekolah bagi Badan Sukan, Kelab dan Permainan sesi 2021/2022.
3 FEBRUARI 2023
Majlis bacaan Surah Yasin secara atas talian anjuran PPD Jasin, diadakan di Surau AlBadr bagi murid-murid SPM,STPM dan STAM. Majlis juga diselitkan dengan amanat dari Tuan PPD Jasin.
Semoga program ini memberi manafaat yang besar kepada calon-calon peperiksaan 2022.
1 FEBRUARI 2023
Majlis High Tea yang diadakan di LaCrista Hotel sempena perpindahan Cikgu Alim, Cikgu Tarmizi dan Cikgu Johar juga persaraan Cikgu Jamal.
Selamat bertugas ditempat baharu dan selamat bersara Cikgu Jamal, semoga semua dalam limpah dan rahmat Allah SWT selalu.
28 JANUARI 2023
Program pemantapan jatidiri murid-murid asrama SMKA Tun Perak telah diadakan di Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh.
19 JANUARI 2023
Majlis yang telah diadakan di Surau AlBadr dengan kehadiran para ibubapa permata SPM 2022.
Semoga para pelajar SPM 2022 diberikan ketenangan fikiran dan hati serta dapat menghadapi SPM 2022 dengan mendapat keputusan yang cemerlang. Amin
14 JANUARI 2023
Majlis Graduasi SMKA Tun Perak kali ke-9, ang telah diadakan di dewan SMKA Tun Perak.
Tahniah atas majlis yang meriah ini, semoga semua Permata SPM 2022 akan memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam Peperiksaan SPM 2022. Insyaallah.
13 JANUARI 2023
Perhimpunan pagi ini disertakan dengan penyampaian sijil kepada peserta pertandingan Robotic dan Drone peringkat negeri
12 Januari 2023
Program puasa sunat anjuran Unit HEM/Warden SMKA Tun Perak telah dilaksanakan dengan jayanya. Semoga dilimpahkan rahmah dari Allah SWT.
Daripada Aisyah RA, berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ
Maksudnya: “Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.” [Riwayat al-Tirmizi (745)]
12 JANUARI 2023
Pegawai dari Lembaga Peperiksaan menyampaikan cenderahati kepada sekolah. Terima kasih
6 JANUARI 2023
Dimulai dengan susana sugul selepas majlis bacaan Yassin dan doa kepada Allahyarham Ustaz Shahabudin majlis penghargaan sempena pertukaran guru-guru diteruskan.
Warga Tun Perak mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Johar, Cikgu Alim dan Cikgu Tarmizi yang akan memulakan perkhidmatan di sekolah yang baharu dalam sesi persekolahan 2023. Semoga cikgu-cikgu sentiasa di rahmati Ilahi dan dapat meneruskan kecemerlangan cikgu.
Penyampaian sijil kenaikan pangkat juga diselitkan di dalam majlis ini. Tahniah kepada guru-guru yang mendapat kenaikan pangkat.