11 DISEMBER 2024
Tahniah kepada pemenang kejohanan edisi 2024 yang telah berlangsung pada 9 hingga 11hb Disember 2024 bertempat di Dewan Sri Putra, Kompleks Sukan Bukit Jalil, WP Kuala Lumpur dengan penyertaan daridari 13 buah negeri.
🔹 Kategori Bravo Longest Distance :
🏆 Naib Johan - Muhammad Haris Iskandar Bin Roslan
🔸 Menerima medal & wang tunai RM 150
🏆 Tempat keempat - Muhammad Hadi Hasif Bin Mohd Hairi
🔸 Menerima medal & wang tunai RM 50
🔷 Kategori Bravo Time Aloft :
🏆 Tempat kelapan - Muhammad Nadir Izdihar bin Hashim
🔸 Menerima medal
25 NOVEMBER 2024
Duta sahsiah merupakan rakan pendamping yang dapat membimbing, membantu, mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam pelakuan yang menyalahi undang-undang dan tidak bermoral.
Selain itu, mereka juga merupakan individu yang dilantik untuk mempromosikan dan mempraktikkan nilai-nilai dan perilaku positif dalam sekolah.
Duta akan berperanan melalui pelaksanaan aktiviti pembangunan sahsiah, kurikulum dan kokurikulum di sekolah yang akan membantu murid lain memahami, menghayati dan belajar daripada pengalaman mereka dan menerokai potensi diri.
Pelancaran peringkat sekolah telah disertai oleh Pegawai Perhubungan Sekolah dan YDP PIBG.
20 NOVEMBER 2024
Majlis apresiasi adalah sebuah acara yang diadakan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang atau sumbangan yang signifikan dalam bidang kokurikulum bagi tahun 2024.
Tujuan utama majlis ini adalah untuk menghargai usaha dan dedikasi mereka, serta untuk memberi motivasi kepada orang lain untuk mencapai kecemerlangan yang sama.
Majlis telah diadakan di Surau AlBadr. Tahniah kepada semua penerima anugerah.
15 NOVEMBER 2024
Majlis Hi Tea dan majlis perpisahan kepada guru-guru yang telah bertukar dan berkhidmat di sekolah lain.
Terima kasih cikgu
11 - 13 OKTOBER 2024
Program anjuran Bidang Sains dan Matematik SMKA Tun Perak dengan kerjasama Kolej Pengajian Perkomputeran, Informasi dan Matematik UITM Cawangan Jasin, Melaka telah menghimpunkan putera puteri aliran Sains Tulen di Homestay My Hut, Merlimau, Melaka.
Program kolaborasi juga diadakan bersama beberapa sekolah sekitar Jasin dengan penumpuan kepada subjek-subjek Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi).
Semoga program ini memberi banyak kebaikan kepada anak-anak calon SPM 2024 ini.
25 SEPTEMBER2024
Tahniah kepada anak-anak murid dan guru pembimbing pasukan Kalam Jama'ie Tun Perak kerana telah menjadi johan dalam pertandingan Kalam Jama'ie Sekolah Menengah.
Pertandingan yang diadakan sempena Pesta Buku Melaka 2024 itu disertai oleh 6 buah sekolah dari seluruh Negeri Melaka dan konduktor terbaik pertandingan juga berjaya dimenangi oleh Tun Perak.
Keputusan pehuh:
JOHAN : SMKA Tun Perak
NAIB JOHAN : SMKA Sharifah Rodhiah
KETIGA : SMA Aqaiyah Khadijah
SAGUHATI 1 : SMKA Sultan Muhammad
SAGUHATI 2 : SMA Jaim Al Ahmadi
SAGUHATI 3 : SM Imtiaz Ulul Albab
KONDUKTOR TERBAIK : SMKA Tun Perak
Syabas dan tahniah
9 SEPTEMBER 2024
Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kebangsaan dan Bulan Bahasa 2024 telah disempurnakan oleh EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB DATUK DR. MUHAMAD AKMAL BIN SALEH
7 SEPTEMBER 2024
Bengkel Matematik Algebra Explorer bagi murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.
Semoga bengkel ini memberikan impak yang amat baik untuk anak-anak Tun Perak terutamanya dalam subjek Matematik. Insyaallah
6 SEPTEMBER 2024
Pasukan KRS (P) Tun Perak berjaya mendapat tempat ke 5 daripada 8 penyertaan dalam Pertandingan Kawad Kaki Negeri Melaka. Tahniah
4 SEPTEMBER 2024
Tahniah kepada pasukan Kadet Polis dan Puteri Islam Tun Perak yang berjaya membantu platun masing-masing merangkul Johan Negeri Melaka dan akan mewakili bersama kor mereka ke peringkat kebangsaan. Tahniah
4 SEPTEMBER 2024
Program Inreach KV Jasin yang melibatkan murid dari Tingkatan 3 di Kolej Vokasional Jasin.
4 SEPTEMBER 2024
Program Lughatuna Jamilah yang dijalankan oleh Panitia Bahasa Arab untuk murid-murid Tingkatan 1.
Semoga program ini dapat memberi pendedahan dan keyakinan kepada anak-anak Tun Perak untuk bertutur dalam Bahasa Arab.
30 OGOS 2024
Sempena dengan Karnival Kompleks Kraf SMKA telah menghantar rombongan satu kelas murid Tingkatan 3.
Semoga program ini memberi impak positif kepada murid-murid yang telah menyertainya.
29 OGOS 2024
Bengkel Falak & Astronomi Peringkat Negeri Melaka anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Melaka , Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka telah berlangsung di UTEM.
28 OGOS 2024
Tahniah kepada pasukan yang berjaya memenangi tempat di dalam karnival ini.
Pencapaian STP di Karnival Anum’s STEMventure (28/8/2024)
1) Kiub rubik challenge -tempat ke 3, 12 dan 17
2) Balloon Car - tempat ke 4 dan 5
3) Bicara STEM (Mystery Envelope) - Johan
4) Inovasi Bahan Terbuang - Naib Johan
5) Solar Car - Naib Johan dan tempat ke -5
6) Dapur Solar - tempat ke 5
22 OGOS 2024
Tahniah kepada murid dan guru yang telah meraih tempat kedua dalam pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna Negeri Melaka pada tahun ini.
Penyampaian sijil dan trofi peringkat sekolah telah diadakan pada perhimpuna Isnin.
21 OGOS 2024
Dengan kerjasama dari Bulan Sabit Malaysia dan Universiti Melaka telah berlangsungnya Karnival Kesihatan dengan program penjagaan kesihatan dan pertolongan cemas.
Disamping itu pertandingan Bicara Berirama anjuran Unit Bahasa Melayu SMKATP sempena Bulan Kebangsaan juga telah berlangsung.
Semoga kedua-dua program ini memberi impak yang positif kepada murid-murid Tun Perak
19 OGOS 2024
Perhimpunan rasmi sekolah yang disusuli dengan penyampaian beberapa anugerah yang telah diterima sepanjang awal Ogos.
Kelas terbaik
Anugerah Kecemerlangan SPM 2023 PPD, Jasin
Penyampaian pingat emas Silat Pantai Melaka
Tahniah, Tun Perak MajuTerus
18 OGOS 2024
Pertandingan sajak dan syair sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 telah diadakan di Sudut Pidato Tun Perak.
14 OGOS 2024
Senamrobik sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2024 telah diadakan di Dataran Ilmu, SMKA Tun Perak. Cabutan bertuah juga dijalankan selepas aktiviti senamrobik.
Tun Perak cergas cerdas
14 OGOS 2024
Program khas untuk permata-permata SPM 2024 Tun Perak telah dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan Malaysia-Japan Higher Education Program (MJHEP).
10 OGOS 2024
Kejohanan bowling tenpin Piala Annur yang telah berlangsung di Melaka International Bowling Center, Ayer Keroh.
Tahniah kepada anak-anak Tun Perak yang telah berjaya mendapat pingat.
9 OGOS 2024
Kuliah Nisak Perdana 2024 telah dijalankan di Surau AlBadr Tun Perak dengan penceramah jemputan
Pn Zubaidah dari Raudhatus Sakinah Melaka.
8 OGOS 2024
Program kunjung bantu / bimbingan bersepadu pegawai-pegawai dari PPD Jasin Ke SMKA Tun Perak.
6 OGOS 2024
Alhamdulillah dan tahniah kepada pasukan Kuiz Bahasa Arab Tun Perak yang telah mendapat naib johan peringkat negeri Melaka. Ilham Zahazan terpilih untuk mewakili negeri Melaka ke ILSS peringkat kebangsaan di Terengganu
5 OGOS 2024
Majlis pelancaran Bulan Kebangsaan, Bulan Bahasa dan HIP 2024 telah berlangsung di Dataran Ilmu Tun Perak. Perasmian oleh Tuan Pengetua
1-3 OGOS 2024
Perkhemahan yang telah diadakan di Kem Batu Lebah, Taman Eko-Rimba Batu Lebah, Hutan Simpan Bukit Senggeh, Jasin bagi unit-unit beruniform SMKA Tun Perak.
Semoga peserta kem mendapat faedah yang banyak dalam aktiviti-aktiviti kem yang telah dijalankan.
31 JULAI 2024
Program Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Jasin 2023. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru, AKP, PIBG dan warga SMKA TUN PERAK atas atas sumbangan dan jasa bakti anda semua sehingga Tun Perak dinobatkan sebagai sebagai penerima "Anugerah Khas Permata" kategori sekolah menengah tahun 2023.
29 JULAI 2024
Majlis Pemashyuran Ashabul Qiyadah telah berlangsung pada perhimpunan hari Isnin dan dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Jasin En Shahrudin.
24 JULAI 2024
Tun Perak menduduki tangga ke-3 Negeri Melaka dalam Kejohanan Kriket Sekolah-sekolah. Tahniah
24 JULAI 2024
Karnival Sahsiah Unggul Murid telah dijalankan dengan beberapa aktiviti seperti tarsia matematik, tayangan video modul jati diri, paper plane dan simulasi haji.
Diharapkan program memberi kesan yang baik kepada murid-murid Tun Perak
15 JULAI 2024
Program Bina Insan untuk murid Tingkatan 1 bertempat di Surau AlBadr, anjuran UBK.
15 - 19 JULAI 2024
SMKA Tun Perak telah diberikan tanggungjawab pada tahun ini sebagai pengelola kejohanan terbesar sukan memanah Negeri Melaka.
Kejohanan yang telah berlangsung dari 15 Julai hingga 19 Julai telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mengelola Kejohanan Memanah Negeri Melaka pada kali ini.
12 - 13 JULAI 2024
Program perkhemahan unit beruniform peringkat negeri telah berlangsung selama tiga hari anjuran SBPI Selandar dari 12 - 13 Julai 2024
12 JULAI 2024
Program Bina Insan untuk murid Tingkatan 3 bertempat di Surau AlBadr, anjuran UBK.
26 JUN 2024
Tahniah An Aquddin Bin Zainorasheekin yang telah menjadi Juara Khat Daerah Jasin.
23 JUN 2024
Tahniah kepada peserta pertandingan memanah simulasi MSSN. Mereka berjaya membawa pulang 1 Pingat Emas dan 3 Pingat Perak.
20 JUN 2024
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Program korban peringkat sekolah telah berjaya diadakan dengan penglibatan semua warga Tun Perak. Juga diselitkan program ceramah dan motivasi bagi murid-murid Tun Perak di Surau AlBadr.
11 JUN 2024
Ceramah motivasi untuk murid-murid menengah rendah yang diadakan di Surau AlBadr dan disampaikan oleh Tn Hj Zainal B Joned.
7 - 9 JUN 2024
Terima kasih dan Tahniah kepada guru-guru dan peserta-peserta Perkhemahan Meriah Koku Peringkat Negeri Melaka bagi tahun2024 yang telah berlangsung di Kem Lancang pada 7-9 Jun 2024
6 JUN 2024
SMKA Tun Perak berjaya mendapat tempat ke-dua dalam kejohanan Sepak Takraw Daerah Jasin. Tahniah
6 JUN 2024
Tahniah SMKA Tun Perak dengan keputusan yang meningkat dalam SPM 2023. Tahniah anak-anak permata SPM 2023 Tun Perak.
5 - 6 JUN 2024
Terima Kasih dan Tahniah diucapkan atas penganjuran Sukantara Peringkat Sekolah yang telah berlangsung dari 5-6 Jun 2024.
Terima kasih juga kepada jawatankuasa yang bertungkus lumus menyediakan peralatan dan persiapan padang.
Syabas
4 JUN 2024
Majlis penyampaian sijil SPM kepada murid-murid SPM 2023 telah diadakan di Dewan Sekolah Tun Perak. Majlis juga menerima ucapan secara langsung Tuan Pengetua dari Mekah alMukarramah.
Tahniah kepada semua anak-anak SPM 2023 Tun Perak yang telah berjaya melonjakkan GPS sekolah pada kali ini.
23 MEI 2024
Tahniah kepada Ruz Irfan yang mendapat Naib Johan dalam kejohanan ini,
17 MEI 2024
Hari terakhir kepada tiga orang guru yang telah menjalani praktikal di SMKA Tun Perak. Terima kasih Cikgu
16 MEI 2024
Sambutan hari guru peringkat sekolah yang diadakan dengan meriah.
Terima kasih anak-anak Tun Perak yang telah meraikan guru-guru, semoga anda semua menjadi insan yang terdidik dan cemerlang di dunia dan akhirat.
15 MEI 2024
Tahniah kepada Muhammad Ikhmal yang berjaya mendapat Rank ke-2 dalam pertandingan catur Daerah Jasin
9 MEI 2024
Tun Perak kehilangan dua orang lagi guru yang telah ditukarkan oleh Sektor Pendidikan Islam Negeri Melaka ke sekolah yang baharu. Mereka adalah Ustaz Shahrul dan Cikgu Salmi.
Dengan rasa terharu warga Tun Perak mengucapkan selamat maju jaya kepada guru-guru ini yang telah banyak menyumbangkan bakti di bumi Tun Perak.
Terima kasih ustaz.... terima kasih cikgu
6 MEI 2024
Pada perhimpunan kali ini diselitkan dengan penganugerahan penyertaan inovasi Politeknik dan merentas desa daerah, juga penganugerahan pertandingan kelas bulanan.
25 APRIL 2024
Majlis jamuan perpisahan 3 orang guru dan staf Tun Perak yang bertukar tempat berkhidmat. Semoga semuanya terus cemerlang di tempat baharu. Selamat maju jaya diucapkan dan terima kasih.
25 APRIL 2024
Latihan kebakaran yang diadakan secara tahunan dengan kerjasama Jabatan Bomba Daerah Jasin telah diadakan dengan jayanya. Semoga warga Tun Perak sentiasa di dalam lindungan Ilahi dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.
24 APRIL 2024
Program tahunan sekolah yang sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap warga Tun Perak telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada penganjur Unit Sukan Tun Perak. Tahniah kepada Rumah Tariq kerana menjadi johan keseluruhan pada tahun ini. Tahniah juga kepada para pemenang dan semua peserta Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini.
23 APRIL 2024
Program Jom Membaca Bersama 10 minit telah berjaya dilaksanakan.
Warga Tun Perak warga membaca... membaca jambatan ilmu.
17 APRIL 2024
Latihan yang biasa diadakan sebelum acara sebenar merentas desa yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.
5 APRIL 2024
Majlis ringkas sempena penutupan sekolah untuk cuti Hari Raya Aidilfitri 2024.
Selamat Hari Raya kepada semua....
5 APRIL 2024
Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri telah berlangsung di Surau AlBadr
4 APRIL 2024
Majlis penutupan program Ihya' Ramadhan 2024 telah berlangsung di Surau AlBadr, SMKA Tun Perak
3 APRIL 2024
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kuiz & Teka Silang Kata Sempena Ihya' Ramadhan telah disempurnakan oleh Pn GPK HEM di Surau AlBadr. Tahniah kepada pemenang.
29 MAC 2024
Majlis penyampaian hadiah sempena minggu orientasi murid-murid Tingkatan 1 2024. Tahniah.
22 MAC 2024
Majlis penutupan minggu orientasi murid-murid baharu Tingkatan 1 2024/2025 yang telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua di Surau AlBadr SMKA Tun Perak.
18 Mac 2024
Hari pendaftaran pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Selamat datang dan selamat menjadi warga Tun Perak diucapkan kepada murid-murid baharu SMKA Tun Perak.
15 MAC 2024
Majlis Perpisahan untuk Cikgu Siva, Cikgu Norakmal dan Cikgu Ramzi yang akan berpindah tugas ke SMKA Sultan Muhammad. Terima kasih cikgu atas bakti kalian kepada Tun Perak selama ini.
26 JANUARI 2024
Majlis Taudie' murid-murid SPM 2023 telah diadakan di Surau AlBadr.
Semoga anak-anak permata SPM 2023 SMKA Tun Perak mendapat ketenangan fikiran dan kelapangan jiwa untuk menghadapi Peperiksaan SPM yang sedang dan bakal berlangsung dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. Amin
24 JANUARI 2024
Jamuan akhir untuk guru-guru dan AKP bagi sesi 2023/2024 telah dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf SMKA Tun Perak dan diadakan di kantin sekolah.
Semoga jamuan ini dapat mengeratkan silaturahim sesama warga Tun Perak dan dapat terus cemerlang dalam perkhidmatan di Tun Perak.
24 JANUARI 2024
Hari Anugerah KoKurikulum bagi sesi 2023/2024. Tahniah kepada para guru dan murid yang menerima anugerah.
Juga disampaikan anugerah kelas terbaik bagi sesi 2023/2024 berdasarkan keceriaan dan kebersihan.
21 JANUARI 2024
Lawatan murid-murid Tingkatan 2 ke Muzium Negeri Sembilan
19 JANUARI 2024
Perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring diadakan sempena lawatan mesra SMK Sri Pulai Perdana Johor Bahru ke Tun Perak. Semoga jalinan ini memberi faedah besar kepada kedua-dua sekolah.
17 JANUARI 2024
Lawatan murid-murid Tingkatan 4 SMKA Tun Perak ke Mahkamah Syariah Melaka.
Semoga lawatan ini memberi manafaat yang banyak kepada murid-murid ini.
12 JANUARI 2024
Majlis perpisahan yang diadakan sempena pertukaran GPK KoKurikulum SMKA Tun Perak ke SMA AsSyakirin, Ustaz Khairiel B Moktar.
Semoga Ustaz Khairiel terus cemerlang di tempat baharu. Terima kasih ustaz....
3 JANUARI 2024
Lawatan penanda aras adalah satu program yang dilaksanakan untuk melawat, berkongsi idea, pengalaman dan perkongsian antara sekolah dengan sekolah lain. Dengan adanya lawatan ke sekolah-sekolah di negeri lain ianya akan dapat membina jaringan hubungan yang baik antara kedua-dua buah sekolah.
Membuka tirai 2024 SMKA Tun Perak telah mengadakan lawatan penanda arasan ke SMKA Maahad Hamdiah, Kajang yang merupakan salah sebuah SMKA yang terkemuka dan cemerlang.
Terima kasih kepada Pengetua dan barisan pentadbir SMKA Maahad Hamidiah yang sudi menerima dan meraikan kehadiran para pentadbir SMKA Tun Perak