Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertindak sebagai badan akademik tertinggi yang memainkan peranan penting memastikan pelaksanaan pengurusan kurikulum sekolah berkesan dan berkualiti. Semua bidang / unit dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertanggungjawab secara langsung mempertingkatkan prestasi akademik sekolah.
OBJEKTIF
Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan.
Menghayati dan melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah.
Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya pelaksanaannya menjurus ke arah piawaian kualiti.
DASAR KURIKULUM SEKOLAH
Menentukan dan menyelaras segala dasar kurikulum sekolah supaya selari dengan dasar yang ditetapkan oleh JPN/KPM dan Akta Pendidikan.
Mesyuarat:
mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah minimum 4 kali setahun,
menetapkan jadual mesyuarat panitia minimum 4 kali setahun,
menetapkan sistem fail / format dokumen Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan panitia mata pelajaran.
Sukatan / Rancangan Pelajaran
menetapkan dasar penyediaan RPT dan Huraian serta kaedah penyediaan Rekod Persediaan Mengajar.
garis panduan jenis buku/bahan/alat rujukan yang boleh digunakan dlm menyediakan rancangan pengajaran.
Jadual Waktu
menetapkan waktu sekolah.
menetapkan sistem jadual waktu.
menetapkan dasar pengagihan tugas-tugas mengajar dan bilangan waktu mengajar untuk penyediaan jadual waktu induk dan persendirian.
menetapkan dasar penyediaan jadual waktu ganti dan pengisiannya
Penilaian Dan Peperiksaan
menetapkan sistem pengurusan penilaian dan peperiksaan sekolah yang berkaitan dengan:
jenisnya (formatif, sumatif, kerja kursus, ujian lisan, dan lain-lain)
bilangan dan takwim format (bentuk soalan, masa dan skema jawapan)
syarat lulus
kumpulan sasaran jadual penentu ujian ( JPU )
pengawasan
headcount
Anggaran Perbelanjaan
menetapkan dasar perbelanjaan tahunan dengan wang kerajaan, SUWA dan lain-lain bagi setiap panitia /unit.
menentukan dasar perolehan, penggunaan, penyenggaraan, hapus kira peralatan dan kemudahan prasarana.
Pemantauan
menentukan dasar dan sistem pemantauan yang berkesan pengurusan
P & P
pengurusan panitia
peperiksaan dan penilaian
jadual waktu
pengurusan kewangan
bilik-bilik khas
menetapkan jawatankuasa pemantauan
menetapkan jadual waktu pemantauan