Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya kaum keluarganya serta para sahabat dan para tabiin seluruhnya.
Bersyukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya kita diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menghadapi cabaran globalisasi bagi melahirkan pelajar yang berketrampilan dari segi akademik sahsiah dan kokurikulum.
Kini peranan guru sebagai agen perubahan dan penjana modal insan memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi . Sebagai warga pendidik adalah menjadi harapan dan impian untuk memartabatkan bidang pendidikan agar pembaharuan dan perubahan yang sesuai dengan tuntutan semasa untuk mentransformasikan negara maju dapat dicapai. Harapan saya agar semua warga sekolah, dapat memupuk budaya ketepatan masa dan berprestesi tinggi, iaitu sentiasa bersegera, cekap dan berfikir positif .
Saya berharap dalam era tranformasi ini, kita dapat melaksanakan prinsip kerja untuk memaksimumkan impak dalam bentuk keberhasilan kerja aras cemerlang berteraskan pengetahuan , latihan , usaha dan semangat berpasukan . Pendidikan berkualiti mesti dapat diakses oleh semua untuk membangunkan modal insan yang holistik lagi beriman.
Akhir sekali saya berharap semua warga sekolah dapat memastikan strategi kita betul dan sasaran kita tepat supaya SMKA Tun Perak dapat meraih kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum di samping dapat melahirkan insan kamil dalam kalangan generasi pelajar SMKA Tun Perak.
MAJU TERUS
MUHAMMAD REZEL BIN MASAH