Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. SMKA telah berkembang kepada 61 buah sekolah sehingga kini (data tahun 2022).
Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini beberapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baharu.
Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem pendidikan negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Allahyarham Tan Sri Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Allahyarham Dato Haji Mohamed Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.
Pada tahun 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah harian.
Kebanyakan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada mata pelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) misalnya mata pelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang lengkap. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyarakat semasa.
i. Mendidik murid dengan keperibadian Islam;
ii. Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi;
iii. Memperkembangkan potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan; dan
iv. Memberi peluang kepada murid untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar negara.
i. Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum;
ii. Melahirkan murid yang mengamalkan akhlak mulia;
iii. Membentuk generasi murid sebagai pemimpin yang boleh diteladani;
iv. Melahirkan murid yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam; dan
v. Menyediakan murid yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.
"Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang seimbang kearah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanafaat kepada agama, diri, ummah dan Negara.
Bagi merealisasikan hasrat menjadi SMKA sebagai institusi pendidikan terbilang, warga SMKA akan komited :
Menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk realiti ilmu dan penghayatan Al-Quran dan Al-Sunnah
Menjana Individu cemerlang dan kuat pegangan agama
Mengamalkan budaya kerja berkualiti, telus, efisien dan efektif berasaskan nilai-nilai Islam
Melaksanakan pendekatan bestari yang komprehensif dan efektif dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum
Mewujudkan prasarana yang mencukupi dan persekitaran yang kondusif berteraskan iklim sini
Mewujudkan jalinan pemuafakatan dengan ‘stakeholder’, kominiti setempat dengan agensi-agensi luar
Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam
Banyak peluang melanjutkan pelajaran
Menguasai B. Arab, jawi & Kemahiran Al-Quran
Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
Lahir pendakwah yang berhikmah & bertanggungjawab
SENARAI SMKA MALAYSIA
PERLIS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA ARAU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (P) ALAWIYAH
KEDAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BALING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KEDAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SIK
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA YAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA JERLUN
PULAU PINANG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (L) AL-MASHOOR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (P) ALMASHOOR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-IRSHAD
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SYEIKH ABDULLAH FAHIM
PERAK
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KERIAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SULTAN AZLAN SHAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SLIM RIVER
SELANGOR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN RAHAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA SELANGOR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MAAHAD HAMIDIAH
KUALA LUMPUR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA LUMPUR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PUTRAJAYA
NEGERI SEMBILAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DATO' HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHEIKH HJ MOHD SAID
MELAKA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN PERAK
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SULTAN MUHAMMAD
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHARIFAH RODZIAH
JOHOR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA JOHOR BAHRU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BANDAR PENAWAR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MAAHAD MUAR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAGOH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SEGAMAT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA HAJI MOHD YASIN
PAHANG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN PAHANG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA LIPIS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PAHANG
TERENGGANU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA NURUL ITTIFAQ
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA WATANIAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KUALA ABANG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHEIKH ABDUL MALEK
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DURIAN GULING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DATO' HAJI ABBAS
KELANTAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MELOR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA NAIM LIL BANAT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA WATANIAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA LATI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA FALAHIAH
SARAWAK
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MATANG 2
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SARATOK
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SIBU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA IGAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MIRI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA LIMBANG
SABAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KENINGAU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN JUHAR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN SAKARAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KIMANIS
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN AHMADSHAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KOTA KINABALU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN DATU MUSTAPHA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TUN SAID
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MOHD ALI RANAU