Pengurusan KoKurikulum

PENGURUSAN KOKURIKULUM

OBJEKTIF

  • Untuk memenuhi keperluan murid-murid dari segi mental, fizikal dan sosial serta menyemai nilai-nilai spiritual, moral dan etika yang diinginkan selaras dengan aspirasi Rukunegara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaa.

  • Memupuk semangat perpaduan dan kekitaan (espirit de corp) dikalangan murid-murid berbagai kaum,bangsa dan agama dan melahirkan modal insan.

  • Melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin dan mengasuh potensi atau bakat kepimpinan yang ada di dalam diri mereka.

  • Memberi peluang kepada murid-murid untuk memperolehi kemahiran serta meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam bidang yang mereka sertai.

  • Mewujudkan suasana dan persekitaran yang sihat di sekolah untuk membantu pertumbuhan jasmani dan rohani yang seimbang dalam diri murid-murid.


FUNGSI

  • Fungsi utama Unit Kokurikulum ialah merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara melalui :

  1. Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.

  2. Menyeimbangkan perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi.

  3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan murid di dalam sekolah dan antara sekolah.

  4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid dalam aktiviti yang diceburi.

  5. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik, menggembirakan dan berwatak.

  6. Membina dan meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat.

  7. Mengurus,menyelia dan menyelaras program, pertandingan aktiviti kokurikulum.

  8. Pengurusan dan maklumat data kokurikulum.

  9. Menjalankan pemantauan kokurikulum di sekolah