Unit Hal Ehwal Murid merupakan satu unit di SEMESTA ini yang bertanggungjawab mengendalikan kebajikan murid-murid. Bidang kebajikan yang dikhaskan untuk unit ini terbahagi kepada tujuh sub unit iaitu :
Bimbingan & Kaunseling
Disiplin
Tajaan dan Biasiswa
Skim Pinjaman Buku Teks
Asrama
Kesihatan
Kebajikan
Unit HEM Beriltizam untuk
Memupuk nilai-nilai dan amalan disiplin yang baik dikalangan murid-murid
Meningkatkan suasana pengajaran dan pembelajran yang menggalakkan dan prestasi bidang rohani serta akademik
Merancang dan menyelaraskan segala aktiviti dan program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru dengan sempurna menerusi Skim Bantuan Biasiswa dan Skim Pinjaman Buku Teks untuk dinikmati oleh semua murid
Memberikan bantuan pelajaran berdasarkan syarat tertentu
Mengurus dan menyediakan kemudahan asrama dengan memberi tumpuan kepada kebajikan murid