Al-Quran dan Rehal adalah simbol kepada sekolah aliran agama dan Islam sebagai tunjang kehidupan
Masjid menjadi lambang kekuatan perpaduan ummah
MSC merupakan maklumat untuk memperluaskan pengetahuan
1965 merupakan tahun SMK Tun Perak ditubuhkan dengan nama asalnya Sekolah Menengah XIX Jasin
Obor dan Tangan serta Tiga Bulatan Sukan melambangkan semangat kesukanan yang menjadi nadi pengerak kepada kegiatan kokurikulum sekolah
Enam sayap pula adalah enam rukun Iman yang perlu dihayati
Perkataan “Maju Terus” sebagai motto sekolah
Warna ungu sebagai kekuatan dalaman diri warga SMKA Tun Perak
Warna kuning bermakna kedaulatan Raja dan Negara