9 DISEMBER 2022
Ucapan perpisahan daripada Cikgu Mad Johar yang akan bertugas di SMT Chenderah, semoga akan terus cemerlang diucapkan kepada beliau.
Ucapan yang diadakan bersama dengan perhimpunan Jumaat, juga diselitkan dengan perpisahan guru Mystep Teacher Asmanira, yang telah bertugas di Tun Perak hampir setahun. Terima kasih teacher.
Juga anugerah kelas terbersih bagi bulan November. Tahniah
7 DISEMBER 2022
Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Tun Perak 2022 telah diadakan dengan meriah dengan berbagai pertandingan kokurikulum.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh PPD Jasin, Tn Hj Baharudin. Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah, semoga SMKA Tun Perak terus cemerlang.
1 DISEMBER 2022
Projek penanaman secara fertigasi sempena program TS25 SMKA Tun Perak
25 NOVEMBER 2022
Tahniah kepada pasukan kriket bawah 17 SMKA Tun Perak kerana telah berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Kriket Juara-juara Sekolah Negeri Melaka.
9 NOVEMBER 2022
Tahniah kepada pelajar-pelajar Tun Perak kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 Kumpulan Drama 1 dan hadiah saguhati Kumpulan Drama 2 dalam Pertandingan Drama Pendek 'Rasuah dan Intigriti' anjuran DBP Wilayah Selatan dengan kerjasama SPRM Johor / Melaka dan INSPIM Melaka.
14 NOVEMBER 2022
Pada perhimpunan rasmi kali ini diselitkan dengan penyampaian anugerah beberapa acara yang telah diadakan sepanjang minggu lepas
Anugerah kelas terbersih mingguan
Tempat ke-3 (B18) dan Johan (B15) Sepak Raga Bulatan Daerah Jasin
Anugerah sukan sekolah berasrama negeri Melaka
Pertandingan roket air negeri Melaka (tempat ke-4 Kategori sasaran)
Pertandingan MQSS Daerah Jasin
Tahniah kepada penerima anugerah
11 NOVEMBER 2022
Perhimpunan Jumaat pada kali ini diselitkan dengan Anugerah pelajar yang mencatatkan keputusan yang baik dalam matapelajaran Matematik Tambahan dan Majlis Ashabul Qiyadah.
10 NOVEMBER 2022
Tahniah kepada pasukan sepak raga bulatan SMKA Tun Perak yang telah berjaya menjadi Johan kategori Bawah 15 tahun dan tempat ke-3 kategori Bawah 18 tahun dalam pertandingan Sepak Raga Bulatan peringkat PPD Jasin 2022 yang telah diadakan di Dewan Terbuka Japerun DUN Bemban.
Terima kasih SMK Seri Bemban yang menjadi penganjur bersama PPD Jasin.
#TunPerakMajuTerus
7-9 NOVEMBER 2022
Program khas yang diadakan untuk permata-permata SPM SMKA Tun Perak 2022. Program yang berlangsung di D'Village Ayer Keroh, Melaka selama 3 hari ini diharapkan dapat memberi impak yang positif dalam keputusan percubaan SPM pada minggu hadapan. Insyaallah
3 NOVEMBER 2022
SMKA Tun Perak telah menjadi Johan bagi kedua-dua kategori Lelaki dan Perempuan dalam pertandingan Ronda Pandu Arah bersempena Program Kemeriahan Kokurikulum Peringkat Daerah Jasin.
Terima kasih buat semua AJK program, Penyelaras Program Cik Mazlin dan semua guru-guru yang telah bertungkus lumus membuat persiapan dalam menjayakan program.
Semoga Allah SWT memberi rahmat dan keberkatan atas segala usaha kita.
28 OKTOBER 2022
Program yang dianjirkan oleh UBK dan Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) SMKA Tun Perak telah berlangsung dengan jayamya. Semoga program memberi kebaikan yang banyak.
21 OKTOBER 2022
Program pertemuan waris dan guru-guru serta perbincangan tentang kecemerlangan anak-anak Tun Perak dalam ujian yang telah dilalui baru-baru ini, juga perbincangan PBD sehingga Oktober 2022.
Semoga anak-anak Tun Perak terus cemerlang dunia dan dan akhirat.
20 OKTOBER 2022
Program yang dianjurkan untuk murid-murid Tingkatan 3 oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKA Tun Perak.
Semoga sahsiah murid Tun Perak menjadi lebih cemerlang.
19 OKTOBER 2022
Program gotong royong yang dijalankan secara berfokus pada bilik-bilik khas disekolah.
17 OKTOBER 2022
Penyampaian hadiah dari pertandingan dalam perkhemahan Kor Kadet Polis Daerah Jasin yang telah diadakan pada penghujung September. Tun Perak telah menjadi johan dalam Ronda Pandu Arah dan naib johan dalam Jalan Lasak. Tahniah
17 OKTOBER 2022
Tahniah kepada penerima anugerah. Semoga akan terus cemerlang dalam pelajaran dan menjadi penyuntik semangat kepada rakan-rakan yang lain. Anugerah telah disampaikan oleh GPK Pentadbiran.
16 OKTOBER 2022
Tahniah kepada pasukan koir Tun Perak yang berjaya mendapat tempat ke-4 dan membawa pulang wang hadiah RM300/= dalam pertandingan koir lagu rakyat dan dondang sayang Negeri Melaka
15 OKTOBER 2022
Majlis penutup yang telah diadakan di JKKN Negeri Melaka. Penyampaian penghargaan dari JKKN telah disampaikan kepada pihak sekolah pada perhimpunan rasmi 17 Oktober 2022.
14 OKTOBER 2022
Program yang dianjurkan untuk murid-murid Tingkatan 2 oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKA Tun Perak.
Semoga sahsiah murid Tun Perak menjadi cemerlang.
13 OKTOBER 2022
Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Bahasa Arab telah dijalankan di Surau AlBadr.
11 OKTOBER 2022
Tahniah kepada murid-murid dan guru pembimbing pasukan Drone SMKA Tun Perak kerana berjaya mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan Drone Challenge Negeri Melaka.
7 OKTOBER 2022
Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKA Tun Perak yang diadakan khas untuk muri-murid Tingkatan 1.
Semoga sahsiah murid Tun Perak menjadi cemerlang.
6 OKTOBER 2022
Tahniah kepada murid-murid Tun Perak yang telah berjaya mendapat tempat ke-5 dan membawa pulang wang hadiah RM1000/= dalam Pertandingan Koir Perpaduan Keluarga Malaysia Teguh Bersama Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022.
Majlis penyampaian peringket sekolah pada 17 Oktober 2022.
6 OKTOBER 2022
Latihan kebakaran untuk warga Tun Perak yang telah berjaya diadakan dengan kerjasama Balai Bomba Jasin Bestari. Terima kasih kepada Jabatan Bomba Negeri Melaka. Semoga latihan ini memberi manafaat yang besar kepada warga Tun Perak.
5 OKTOBER 2022
Tahniah kepada pasukan Bolasepak Tun Perak Bawah 16 tahun yang telah menjadi Naib Johan, Kejohanan Bolasepak 'Malaysia Little League' bagi Daerah Jasin dan berjaya membawa pulang wang kemenangan RM700. Penyampaian hadiah peringkat sekolah dijalankan pada 7 Oktober 2022.
Tun Perak juga menjadi penganjur/tuan rumah kepada kejohanan ini, yang merupakan salah satu program dari Kementerian Belia dan Sukan.
3 OKTOBER 2022
Perhimpunan rasmi yang dijalankan seperti biasa. Pada kali ini beberapa anugerah dan kejayaan disampaikan, antaranya:
Penyampaian sijil kenaikan pangkat kepada 2 orang guru
Penyampaian sijil penghargaan hakim-hakim dan AJK Bulan Kebangsaan 2022
Anugerah kelas terbersih bulan September dan mingguan
Anugerah pertandingan nazam dan nasyid peringkat negeri
30 SEPTEMBER 2022
Majlis yang diadakan untuk menzahirkan rasa penghargaan warga TunPerak kepada dua orang guru yang berpindah sekolah iaitu Pn Zainab dan Pn Shazana. Majlis diadakan di Hotel Ames, Ayer Keroh.
Terima kasih cikgu.
28 SEPTEMBER 2022
Pertandingan koir badan beruniform SMKA Tun Perak, sempena Bulan Kebangsaan Malaysia telah diadakan di Dataran Sekolah.
Semoga aktiviti ini menambahkan lagi semangat patriotik dan mencungkil bakat murid Tun Perak.
22 SEPTEMBER 2022
Program yang dijayakan oleh Malaysia Palm Oil Council (MPOC) telah berlangsung di Dewan Sekolah yang disertai oleh murid-murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 2.
Diharapkan program ini memberi manafaat kepada murid-murid Tun Perak yang menyertainya.
19 SEPTEMBER 2022
Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee dan Usrah Perdana telah dilangsungkan di Surau AlBadr.
Semoga anak-anak Tun Perak akan terus cemerlang melalui program ini.
15 SEPTEMBER 2022
Majlis perpisahan dua orang guru SMKA Tun Perak yang akan bertukar telah diadakan di Surau AlBadr. Terima kasih ustazah, thank you teacher.
Semoga segala khidmat bakti dan ilmu yang telah dicurahkan di Tun Perak akan dibalas dengan kebaikan yang banyak oleh Allah swt.
15 SEPTEMBER 2022
Program senamrobik sempena Bulan Kemerdekaan 2022, yang dijayakan bersama oleh dua orang pegawai dari Jabatan Kesihatan Jasin.
Semoga program ini membuatkan warga Tun Perak lebih bersemangat mengamalkan gaya hidup sihat.
14 SEPTEMBER 2022
Program yang dijalankan oleh Unit Kaunseling bersama dengan penceramah Kpt. (B)(PA) Salleh b Mohd Noor.
Semoga program ini memberi kesedaran yang positif kepada murid-murid Tun Perak.
2 SEPTEMBER 2022
Sambutan Hari Kebangsaan telah diadakan dengan meriah. Tahniah kepada murid-murid dan guru-guru yang menjayakan sambutan ini.
Diselitkan juga dengan beberapa anugerah yang berjaya diperolehi oleh murid-murid Tun Perak pada minggu sebelumnya iaitu
Pingat 100 m Melaka,
Pingat Petanque,
Tokoh nilam,
Anugerah enyanyian dan ekhat MMU
Anugerah Kewangan Cemerlang 2021
Tahniah Tun Perak
1 SEPTEMBER 2022
Program yang dibahgikan mengikut tingkatan ini telah berjalan dengan jayanya.
Tahniah kepada semua murid-murid Tun Perak dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan karnival ini
31 OGOS 2022
Program motivasi kepada murid-murid penghuni asrama yang dijalankan oleh UBK dan Asrama Tun Perak.
Terima kasih kepada kaunselor sekolah dan unit warden sekolah juga guru pelatih yang mengorbankan cuti Hari Kebangsaan untuk menjayakan program ini.
Semoga program ini memberi banyak manafaat kepada murid-murid ini. Insyallah
30 OGOS 2022
Terima kasih kepada warga pendidik SMK Dang Anum yang sudi untuk berkongsi amalan terbaik PBD dengan SMKA Tun Perak.
Segala ilmu yang dicurah akan dipraktikkan di sekolah kami. Terima kasih.
28 OGOS 2022
Tahniah kepada pasukan Petanque Tun Perak yang berjaya menduduki tempat ke-6 dalam pertandingan Petanque anjuran Angkasa peringkat Negeri Melaka.
Pasukan telah berjaya membawa pulang RM300.
28 OGOS 2022
Tahniah kepada En Ramzi yang menjadi Naib Johan dalam pertandingan Pitching Inovasi Daerah Jasin.
Guru Tun Perak Maju Terus
28 OGOS 2022
Tahniah kepada 2 orang pelajar SMKA Tun Perak yang dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Daerah Jasin 2022.
Semoga Tun Perak terus cemerlang
28 OGOS 2022
Tahniah kepada pasukan lompat tali Tun Perak. Tempat ke-3 Daerah Jasin
19 OGOS 2022
Majlis apresiasi kepada kakitangan sekolah yang bertukar kerja ke tempat baharu.
Terima kasih semua, sumbangan kalian akan sentiasa diingati.
18 OGOS 2022
Pelancaran yang diadakan secara langsung ke seluruh Malaysia dari Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1). Pelancaran dirasmikan oleh Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Pelajaran Malaysia dengan slogan Sekolahku SEJAHTERA: Sepakat dan Selamat.
17 OGOS 2022
Program pertandingan Bahasa Arab yang menawarkan hadiah berupa wang tunai telah berlangsung dengan jayanya.
Terima kasih kepada Panitia Bahasa Arab Tun Perak
11 OGOS 2022
Pasukan kriket Tun Perak telah berjaya menjadi Naib Johan dalam Kejohanan Kriket Negeri Melaka bawah 18 tahun.
Tahniah
11 OGOS 2022
Sumbangan hadiah kepada para pemenang kuiz bahasa Arab yang dipertandingkan sempena Bulan Bahasa peringkat sekolah kategori Bahasa Arab.
9 OGOS 2021
Program JPN yang telah berlangsung di Dewan Sekolah memberi tumpuan kepada murid-murid Permata SPM 2022.
Semoga program ini memberi kebaikan yang banyak kepada murid-murid SPM Tun Perak pada tahun ini.
8 OGOS 2022
Perhimpunan rasmi kali ini melibatkan penyampaian
Anugerah Kelas Terbaik Mingguan (3A2 dan 5A1)
Anugerah dan hadiah-hadiah sempena bulan bahasa
Anugerah Kecemerlangan Akademik UD1
Penyampaian pingat Bola Jaring (MSSN Tempat ke-4)
7 OGOS 2022
Majlis yang berlangsung di Surau Al-Quds, Tun Perak dirasmikan sendiri oleh Tuan Pengetua, En Mohd Rezel B Masah
1 OGOS 2022
Perasmian Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2022 dengan temanya pada kali ini "Keluarga Malaysia Teguh Bersama" telah dirasmikan oleh En Johari B Abu Bakar, Pegawai SIPartners+ PPD Jasin.
1 OGOS 2022
Pertandingan Explorace yang dijalankan sempena dengan bulan bahasa.
Tahniah kepada para pemenang.
1 OGOS 2022
Perhimpunan kali ini disertakan dengan penganugerahan kelas terceria mingguan dan penganugerahan sijil bagi kumpulan Nazam Tun Perak.
28 JULAI 2022
Tahniah kepada Rumah Tariq selaku Johan Sukan Tahunan pada tahun ini, tahniah juga kepada Rumah Hamzah yang menjadi Naib Johan.
Setinggi penghargaan kepada TN HJ JAMSARI BIN MARIMAN, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Melaka yang telah merasmikan Majlis Penutupan Temasya Sukan ini.
Setinggi penghargaan juga kepada TN HJ BAHARUDIN BIN HUSIN P.B.M, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Jasin yang telah merasmikan majlis penurunan bendera kejohanan.
Tidak dilupakan juga kepada ASP TN SUHAIMI BIN HJ AHMAD Yang Dipertua PIBG SMKA Tun Perak, ASP TN MOHD SAHARUDDIN BIN MOHD NOR Pegawai Perhubungan Sekolah, Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin serta wakil kepada PN SITI ZUWAIRIAH BINTI ABDULLAH LISP Pengurus Ladang Serkam, Sime Darby Plantation Berhad yang turut hadir sebagai tetamu kehormat temasya sukan pada kali ini.
Terima kasih juga kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dari hari pembukaan sehingga hari penutupan sukan ini.
Segala sumbangan dari semua pihak amat dihargai oleh warga Tun Perak. Terima kasih.
25 JULAI 2022
Perhimpunan rasmi Hari Isnin pada kali ini diserikan dengan majlis persembahan nazam dan penyampaian hadiah bagi pemenang bagi Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah anjuran UBK, juga penyampaian sijil penghargaan kepada para hakim program Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah tersebut.
Tahniah
21 JULAI 2022
Bengkel falak penentuan arah kiblat yang dijalankan di UTEM. Bengkel sehari dengan pengiringnya Cik Zaleha.
20 JULAI 2022
Mesyuarat Agung Koperasi SMKA Tun Perak kali ke-40 telah diadakan di dewan sekolah bersama semua ahli koperasi SMKA Tun Perak.
Semoga koperasi Tun Perak terus maju.
16 JULAI 2022 dan 30 JULAI 2022
Bengkel Matematik Tambahan Fasa 1 (16 Julai 2022) dan Fasa 2 (30 Julai 2022) yang dianjurkan oleh Panitia Matematik Tambahan SMKA Tun Perak dengan kerjasama PIBG SMKA Tun Perak.
Semoga usaha Panitia Matematik Tambahan Tun Perak diberkati dan dikurniakan dengan keputusan SPM yang cemerlang untuk permata-permata SPM Tun Perak 2022.
14 JULAI 2022
Kejohanan telah berlangsung dengan jayanya dan Rumah Hamzah telah dinobatkan sebagai Johan Merentas Desa bagi tahun 2022. Tahniah
13 JULAI 2022
Majlis ringkas yang berlangsung di Surau AlBadr sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Tazkirah disampaikan oleh Tn Pengetua, Ustaz Rezel b Masah.
8 JULAI 2022
Program kutipan sumbangan PIBG dan yuran-yuran sekolah bagi sesi persekolahan 2022
4 JULAI 2022
Tahniah kepada kelas 3A2 dan kelas 4A5
4 JULAI 2022
Majlis pelancaran Bulan Bahasa dan Program NEG SMKA Tun Perak disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Ustaz Muhammad Rezel
4 JULAI 2022
Penyampaian pingat dan sijil penyertaan rentas desa peringkat negeri yang telah diadakan pada 23 Jun 2022.
Tahniah
29 JUN 2022
Latihan dan bengkel Google peringkat sekolah yang dimudahcarakan oleh Cik Mazlin dan Cik Syafini.
27 JUN 2022
Anugerah kelas terbaik dari segi hiasan dan kebersihan diumumkan oleh guru bertugas mingguan Pn Norhafizah
24 JUN 2022
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021. Semoga terus cemerlang bersama Tun Perak.
17 JUN 2022
Selamat bertukar ke tempat baharu kepada Cikgu Wan Muhamad Farhan yang akan memulakan tugas di SMK Pasir Gudang 2 pada minggu hadapan.
Terima kasih cikgu atas khidmat anda di bumi Tun Perak selama ini.
13 JUN 2022
Tahniah kepada Siti Aisyah yang telah menjadi Johan Bicara Buku peringkat negeri Melaka dan juga kan mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan.
Tahniah juga kepada guru pembimbing Cikgu Wan Muhamad Farhan.
13 JUN 2022
Majlis penyerahan watikah kepada badan-badan kepimpinan murid yang telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah dari Jabatan Polis Jasin, ASP Mohd. Shaharudin B Mohd. Nor Semoga majlis ini memberikan semangat dan keyakinan kepada wakil-wakil murid dalam badan kepimpinan pelajar untuk menjadi lebih cemerlang.
31 Mei 2022
Sumbangan Bank Rakyat kepada Koperasi Sekolah untuk aktiviti koperasi yang disampaikan oleh wakil Bank Rakyat Cawangan Jasin.
Terima kasih diucapkan
30 Mei 2022
Bengkel Subjek Pendidikan Seni Visual merangkumi teknik-teknik menghadapi peperiksaan SPM untuk murid-murid Permata SPM Tun Perak 2022 yang telah disampaikan oleh En Salbani Shamsuri.
27 Mei 2022
Tahniah kepada Siti Aishah dan guru pembimbing kerana mendapat tempat ke-2 dalam pemilihan Tokoh Nilam Bahasa Melayu Negeri Melaka Sekolah Menengah 2022.
20 Mei 2022
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan pada hari Jumaat, di perkarangan Dataran Tun Perak.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
20 Mei 2022
Sumbangan sebuah TV untuk kegunaan sekolah dari Bank Rakyat.
Terima kasih diucapkan
19 Mei 2022
Mesyuarat Ketua Panitia semua subjek dalam pelaksanaan penjaminan kualiti PBD peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh PKP, Ustazah Zainab.
19 Mei 2022
Tahniah kepada barisan Jawatankuasa Tertinggi Perwakilan Pelajar serta guru penasihat dan semua yang telah menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru 2022, peringkat sekolah SMKA Tun Perak.
Sambutan telah dijalankan dalam suasana yang meriah setelah 3 tahun tidak diadakan kerana PKP.
16 dan 17 Mei 2022
Suasana ketibaan dan hari orientasi asrama dan sekolah juga penutupan hari orientasi sekolah dan asrama murid Tingkatan 1 2022 (sila klik pautan).
26 April 2022
Sekitar majlis Iftar Jamaie 2022 dan Majlis Tazkirah serta Solat Terawih yang telah diadakan di Dewan Makan Aspura / Dewan Makan Aspuri dan Surau AlBadr.
23 April 2022
Program Mesyuarat Agung dan Hari Kecemerlangan yang berlangsung secara hibrid telah berjalan dengan jayanya.
Tahniah kepada guru-guru dan murid-murid penerima anugerah SPM 2019 dan 2020.
21 April 2022
Program tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 21 April 2022 jam 11.00 hingga 11.10 pagi bertemakan “Bangkit Baca dan Bersyukur”.
20 April 2022
Program anjuran Koperasi Tun Perak, memasak bubur lambuk untuk edaran kepada warga Tun Perak sempena Ramadhan 2022.
20 April 2022
Program Motivasi yang diadakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKA Tun Perak di Surau Al-Badr.
19 APRIL 2022
Program ceramah dan kuiz sempena sambutan Nuzul AlQuran yang telah diadakan di Surau Al-Badr
12 April 2022
Kunjung bantu PPD Jasin yang terdiri daripada Ustaz Abdullah Jantan, Tn Hj Johari Abu Bakar dan Pn Wan Hamiza Wan Ismail telah melaksanakan PLC 'Learning Walk' bersama dengan pihak pentadbiran SMKA Tun Perak.
10 April 2022
Sesi penerangan kepada ibubapa dan penjaga oleh pegawai SISC+ PPD Jasin, Pn Chitra, tentang program Dual Language Program secara dalam talian (Google Meet)
8 April 2022
Tadarrus AlQuran sepanjang Ramadhan sempena program Ihya Ramadhan 2022
1 April 2022
Sambutan Ihya Ramadhan bagi sesi 2022/2023 diserikan dengan majlis bacaan Yassin disusuli dengan ceramah/tazkirah Kedatangan Ramadhan Yang Dirindui oleh Ustaz Syauqi dan diakhiri oleh ucapan perasmian oleh Tn Pengetua, Ustaz Rezel.
Majlis anjuran BADAR SMKA Tun Perak ini telah disiarkan secara langsung dengan penglibatan murid melalui Facebook Live dan Google Meet.
31 Mac 2022
Latihan dalam perkhidmatan pertama untuk sesi 2022/2023 dengan tajuk "Integriti Penjawat Awam" yang telah disampaikan oleh Pn Siti Akmaliah Mohamed Yazid, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Integriti Jabatan Pendidikan Melaka.
18 Mac 2022
Penyerahan Sijil Penghargaan kepada pembina soalan-soalan Modul Masyhur PPD Jasin untuk murid-murid SPM 2021. Terima kasih cikgu
Majlis persaraan Puan Zainuriah pada 25 Februari 2022. Terima kasih cikgu.
18 Februari 2022
Tahniah. Tempat ke dua di dalam pertandingan Sungai Kim Kim Clean Tech Competition anjuran MyDigitalMaker Malaysia secara dalam talian
21 dan 24 Januari 2022
Penyerahan sijil sahsiah terpuji dan anugerah pencapaian oleh Tuan Pengetua kepada murid-murid Tingkatan 5 2021
Klik Gambar
29 Disember 2021
Kem kecemerlangan yang diadakan di Bayou Lagoon dengan penyertaan murid-murid yang terpilih dengan pematuhan SOP Covid-19 yang ketat.
Kem sehari ini telah berjalan dengan jayanya
Klik Gambar
21 Disember 2021
Tahniah kepada murid Aqilah yang menjadi johan pertandingan Pidato Alam Sekitar anjuran SW Corp dan tahniah juga kepada Guru Pembimbing Cikgu Mad Johar.
Rakaman pidato Aqilah https://youtu.be/TAIF1eIukaU
23 November 2021
Sumbangan daripada ibubapa pelajar dan alumni SMKA Tun Perak kepada surau AlBadr dan surau Aisyah yang berharga RM490 setiap satu.
Terima kasih kepada penyumbang
2 November 2021
Tahniah kepada En Ramzi yang mendapat pengiktirafan di Simposium Pengurusan HEM peringkat negeri.
15 September 2021
Tahniah kepada murid-murid Tun Perak, guru-guru pembimbing dan guru-guru yang menerima anugerah Intervensi Amalan Bilik Darjah (IABD) 2021 yang telah dianjuran oleh IPGK Perempuan Melayu, Melaka.
3 Oktober 2021
Terima kasih kepada Tn. Yusuf Said (KPPK Unit TVET JPN melaka) dan Tn. Hj. Ramli Jilis (Tim. PPD PPD Jasin) atas lawatan pemantauan persiapan pengoperasian pembukaan sekolah SMKA TUN PERAK. Terima kasih atas teguran dan bimbingan penambahbaikan.
Terima kasih kepada semua pentadbir guru dan AKP yang hadir sama membantu bagi melancarkan urusan pemantauan pada hari ini.
Tahniah dan syabas. "MAJU TERUS "
Pelancaran Nilam dan Galakan Membaca peringkat sekolah 2021