PENTADBIRAN

Pengurusan Tertinggi 

SMKA Tun Perak

TN PENGETUA SMKA TUN PERAK

En Muhammad Rezel B Masah


GPK PENTADBIRAN

En Sahari B Derus

GPK HEM

Pn. Sharimah bt Othman

GPK KoKu

EN AHMAD SYAUQI B WAZALI

GKMP Sains & Matematik

En Mohamad Firdaus B Hj Embi

GKMP Pendidikan Islam Bahasa Arab

Pn. Hjh. Haslina Bt Ramli

GKMP Bahasa

Pn Azlina Bt Ab Talib

GKMP Teknik & Vokasional

Pn. Noriani bt Abd. Latif

GKMP Kemanusiaan

Pn. Nur Azlin bt Pungut


CARTA ORGANISASI PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2024/2025 

DASAR PENTADBIRAN

 1. PANDUAN AM


1.1                    Sebagai penjawat awam, guru dan anggota kumpulan pelaksana(AKP) adalah tertakluk kepada segala arahan dan peraturan yang terdapat dalam Perintah Am kerajaan, Surat Pekeliling Ikhtisas,Surat-surat Pekeliling, Surat Siaran, Garis panduan dan Arahan daripada JPA / KPM /JPN / PPD dan Pengetua.

1.2         Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan  yang lain serta mematuhi kandungan Akur Janji Perkhidmatan .

1.3                    Semua guru hendaklah menghayati etika profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion yang bukan satu pekerjaan semata-mata.

1.4                    Semua guru dan angota kumpulan pelaksana (AKP) hendaklah menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang.

1.5                    Semua guru hendaklah menghayati dan mengamalkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.

1.6                    Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) hendaklah meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih utama daripada kepentingan diri dalam masa menjalankan tugas.

1.7                    Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

1.8                    Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

1.9                Guru-guru hendaklah aktif dan bertanggungjawab diatas tugasnya dan sentiasa bersemangat tinggi bagi menambahkan lagi minat murid untuk belajar

1.10                 Jangan sekali-kali menunjukkan kelemahan di hadapan murid dan dikendaki memberi layanan yang adil   kepada semua murid.

 

2.    KEDATANGAN

2.1                     Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) dikehendaki masuk ke premis sekolah melalui pintu utama sahaja kecuali warden bertugas dibenarkan parkir di kawasan asrama.

2.2                     Jadual waktu PdPC / PdPR mesti dipatuhi sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak sekolah bermula 7.40 pagi – 2.40 petang atau 3.00 petang atau 12.10 tengahari bagi hari Jumaat

2.3                    Guru / anggota kumpulan pelaksana (AKP) dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu belajar / waktu bekerja dan wajib mengetip kad perakam waktu sendiri (punch card) semasa sampai ke sekolah / waktu mula bertugas dan sebelum meningggalkan Kawasan sekolah / waktu balik.

2.3.1   Guru bertugas mingguan hendaklah sampai lebih awal iaitu selewat-lewatnya pada jam 7.00 pagi ke sekolah bagi menjalankan tugas harian sepanjang minggu tersebut.

2.5                    Masa balik hendaklah setelah tamat sesi persekolahan pada hari tersebut. Guru bertugas hendaklah menyelia hal-hal yang berkaitan dengan tugasnya sebelum balik.

2.6                  Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memaklumkan serta memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar kepada Pengetua. Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) hendaklah memberitahu atau memaklumkan kepada pihak sekolah secepat mungkin mengenai ketidakhadiran / hadir lewat bertugas.

2.7               Semua urusan peribadi guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) termasuk temujanji rawatan / doktor hendaklah dilaksanakan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan / kecemasan / dengan izin Pengetua.

2.8               Semua guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu bekerja kecuali jika ada perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada JPN/ PPD dengan syarat mendapat kebenaran Pengetua / Penolong Kanan dengan mematuhi tatacara / SOP yang telah ditetapkan.

2.9               Sebelum meninggalkan sekolah untuk urusan peribadi, semua guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) hendaklah memohon kebenaran keluar pejabat dalam sistem HRMIS dan mengisi/ mencatat di dalam Buku Keluar Masuk Guru dan AKP terlebih dahulu.

2.10           Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis / tugasan untuk murid melalui Penolong Kanan / Guru Kanan / Ketua Panitia untuk pelajar kelas yang ditinggalkan.

 

3.    MASA MENGAJAR

3.1 Semua guru hendaklah masuk ke kelas dengan menepati masa yang ditetapkan dalam Jadual Waktu Mengajar (dilarang meninggalkan murid / aktiviti murid tanpa pengawasan guru).

3.2   Sebelum mengajar, alat-alat mengajar hendaklah disediakan dengan selengkapnya.

3.3   Jadikan suasana bilik darjah tenang dan harmoni serta kondusif / mewujudkan suasana dan persekitaran  pembelajaran yang menyeronokkan)

3.4               Setiap guru dikehendaki menyediakan RPH / e RPH dan boleh mengemukakannya pada bila- bia masa diminta oleh pihak yang berkuasa. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap mengikut format yang disediakan.

3.5               e-RPH / Fail RPH yang mengandungi rekod RPH minggu berkenaan dan RPH hari pertama minggu berikutnya hendaklah dihantar kepada Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan pada hari Jumaat / hari terakhir persekolahan pada minggu berkenaan untuk semakan (Fail RPH sebelum balik / e RPH sebelum jam 12.00 malam) .

3.6              Jika seseorang guru bercuti, Fail RPH hendaklah diserahkan kepada Pengetua

3.7              PdPC / PdPR hendaklah mengikut rancangan pelajaran yang berdasarkan DSKP yang sah.

3.8              Keadaan bilik darjah mestilah sentiasa kondusif (teratur dan bersih ).

3.9              Jangan benarkan murid-murid keluar bilik darjah tanpa sebab yang munasabah.

3.10          Dilarang mendenda / menghukum / mengarahkan mana-mana murid yang tidak mempunyai kelengkapan       pembelajaran keluar dari bilik darjah. Guru dinasihatkan agar menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan guru supaya tidak merugikan pelajaran dan masa murid.

3.11         Tugasan murid hendaklah diberikan secara terancang .

3.12         Segala tugasan / latihan murid hendaklah disemak. Gunakan konsep ‘Rewards and Punishments’ dengan betul, tepat dan berkesan.

3.13           Sekiranya terdapat murid yang sakit semasa sesi PdPCsedang berjalan, guru hendaklah berhubung segera dengan guru yang bertugas mingguan bagi menghantar murid  berkenaan ke hospital.


4.    CUTI

4.1 Cuti Rehat Khas / Cuti Penggal Persekolahan

 

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP)0046.SJ/A (30), bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal untuk menggantikan cuti rehat khas. TETAPI guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas seharian daripada tugas-tugas mengajar.

 

4.1.1    Cuti Rehat Khas (CRK) bukan hak guru tetapi adalah keistimewaan sahaja bergantung kepada persetujuan / budi bicara Pengetua sahaja.

4.1.2      Jumlah CRK setahun ialah 10 hari (perkhidmatan kurang 10 tahun) dan 15 hari (perkhidmatan melebihi 10 tahun). Setiap guru hanya boleh menggunakan keistimewaan ini pada kadar satu hari dalam satu bulan (atas budi bicara Pengetua bagi cuti yang melebihi 1 hari). Setiap hari, maksima hanya 3 orang guru sahaja dibenarkan mengambil CRK.

4.1.3    Permohonan CRK atas sebab-sebab yang dibenarkan dalam peraturan CRK perlu dikemukakan kepada Pengetua selewat-lewatnya 5 hari sebelum tarikh cadangan bercuti. Makluman awal boleh dilakukan menggunakan media sosial dan permesejan.

4.1.4       Guru perlu mengisi permohonan CRK dalam sistem HRMIS.

4.1.5        Cuti CRK yang dibenarkan tidak melebihi 2 hari berturut-turut.

 

4.2 Cuti Tanpa Rekod

4.2.1        Cuti Tanpa Rekod (CTR) sila rujuk punca kuasa yang terkini.

 

 

4.3 Cuti sakit

4.3.1      Sijil cuti sakit hendaklah dikemukakan kepada Pengetua dengan kadar segera

4.3.2    Sijil cuti bersalin hendaklah dikemukakan dengan segera setelah dibenarkan keluar daripada wad / setelah dikeluarkan oleh pihak hospital (kelayakan Cuti Bersalin sebanyak 360 hari sepanjang perkhidmatan).

4.3.3    Cuti sakit melebihi 180 hari sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Negeri dan Kementerian untuk menentukan pembayaran gaji.

4.3.4      Guru wajib mengisi surat cuti sakit dalam sistem HRMIS

 

 

4.4 Cuti Separuh Gaji / Tanpa Gaji

4.4.1   Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon diatas sebab persendirian

4.4.2    Cuti Tanpa Gaji daripada staf hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.

4.4.3   Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.

4.4.4     Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.

4.4.5    Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari dalam setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

 

4.5 Cuti Umrah dan Haji

4.5.1   Sekali dalam perkhidmatan dan sila rujuk pekeliling terkini.

4.5.2  Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 21 hari sebelum tarikh bercuti.

4.5.3  Cuti umrah ( 7 hari tidak termasuk Sabtu dan Ahad) dan Cuti Haji ( 40 hari termasuk sabtu dan ahad)

 

4.6 Cuti Kuarantin Wabak / Menjaga Anak dan Sakit Berjangkit

4.6.1                Rujuk pekeliling terkini

 

 

·          * Permohonan kebenaran ke luar negara bagi sebarang urusan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 21 hari sebelum tarikh berlepas (kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan tatatertib)  

 

 

5.    PERISYIHARAN HARTA DAN BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN

5.1.1    Perisytiharan harta hendaklah dikemukan 5 tahun sekali oleh pemilik kompetensi

5.1.2  Setiap aktiviti berkaitan perkhidmatan hendaklah direkodkan di dalam buku perkhidmatan kerajaan

5.1.3    Setiap pemegang kompetensi diwajibkan membuat semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) sekurang-kurangnya sekali setahun.

 

6.    PAKAIAN

i. Guru Lelaki

a)         Pada perhimpunan rasmi hari Isnin guru lelaki hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang bertali leher. Seluar ‘jeans’ tidak dibenarkan. Pakaian hendaklah kemas.

b)         Guru hendaklah memakai kasut yang bertutup dan mematuhi etika pakaian penjawat awam.

c)         Rambut guru lelaki hendaklah berpotongan sederhana sahaja.

d)         Guru hendaklah menyimpan misai dan janggut dengan kemas dan bersih.

e)          Baju batik digalakkan pada hari Khamis.

f)            Digalakkan berpakaian baju kebangsaan yang lengkap bersongkok dan bersampin pada hari Jumaat

 

ii.    Guru Perempuan

a)    Guru perempuan tidak dibenarkan memakai mini skirt, seluar pendek dan jeans. Pakaian yang mendedahkan aurat, jarang, nipis dan mengikut bentuk badan (mencolok mata) adalah dilarang.

b)     Guru-guru perempuan tidak digalakkan memakai perhiasan muka yang melampau.

c)    Baju-baju yang beraneka warna juga tidak digalakkan.

d)    Bertudung kepala atau bermini telekung adalah diwajibkan bagi guru Islam.

 

 

7.           HUBUNGAN SESAMA GURU

7.1    Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesion yang baik dan sihat sesama Guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka.

7.2   Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman/ pendapat/ kepercayaan kepada guru, pelajar ataupun staf sokongan sekolah yang lain.

7.3   Amalkan mesyuarat dan perbincangan sesama guru dan dengan pentadbir untuk wujudkan muafakat dan keputusan yang lebih baik.

 

8.              BILIK GURU

8.1      Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

8.2     Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘on-teaching-period’ dan bukannya ‘free-period’.Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

8.3      Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.

8.4     Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak menggangu ketenteraman mana-mana pihak.

 

9.              PERJAWATAN DAN PENGAJARAN

9.1        Jikalau guru menghadapi sebarang masalah di bidang perjawatan, mereka boleh berurusan

dengan Pembantu Tadbir/ Pengetua.

9.2      Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran, bolehlah berurusan dengan Guru KetuaPanitia, Guru Kanan Mata Pelajaran atau Penolong Kanan.

 

10.        TUGAS

10.1   Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab bertunjangkan ‘tag line’ sekolah Ihsan dan Itqan Melestarikan Qurratul A’ayun Super Mumtaz.

 

11.        JADUAL WAKTU

11.1                  Guru Tingkatan hendaklah mempamerkan jadual waktu dalam kelas.

11.2                  Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

 

 

12.        REKOD KEHADIRAN MURID DAN APDM

12.1    Setiap guru tingkatan bertanggungjawab merekodkan kehadiran murid dan melengkapkan serta mengemakini maklumat-maklumat murid yang diperlukan dalam sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). Guru tingkatan dan guru lain hendaklah memahami dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam pengurusan APDM

12.2    Maklumat / rekod kehadiran murid dalam APDM hendaklah direkodkan secara teratur dan sentiasa dikemaskini dengan kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, penyelaras tingkatan bertanggungjawab merekodkannya.

12.3      APDM hendaklah sentiasa dikawal selia atau diurus oleh guru data / guru yang dilantik.

12.4     Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang seli dalam satu minggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara panggilan telefon dan secara bertulis.

12.5      Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang bertanggungjawab.

12.6   Guru tidak dibenarkan berkongsi maklumat murid dalam APDM kepada pihak luar tanpa kebenaran Pengetua.

 

12         KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

12.1     Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga  keselamatan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pentadbir.

12.2    Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran / Guru Bilik Khas hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan dan tatacara keselamatan / tatacara mengenai penggunaan alat-alat, bilik- bilik tertentu seperti makmal, bengkel, stor sukan PSS, bilik tayang, bilik BBM, Studio Mini,

bilik sakit , makmal computer / Chrome Lab , Bilik kaunseling dan lain-lain bilik khas.

  

13         KEBERSIHAN

13.1        Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik kelas / bilik khas dan Kawasan sekolah dan asrama. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan/ warden asrama . Alatan membersihkan kelas / bilik khas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan selamat.

13.2         Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/ tempat khas (bilik bengkel, bilik kaunseling, bilik makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan, kekemasan dan keselesaan bilik tersebut.

13.3         Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, AKP dan murid.

  

14         SURAT-MENYURAT

Semua surat rasmi keluar hendaklah disemak oleh guru Bahasa Melayu dan mesti melalui Pengetua dan ditandatangani oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak KPM/ JPN/ PPD/ Ibu bapa/Agensi Luar dan lain-lain.

 

15         SURAT YANG DITERIMA

15.1                  Pihak sekolah menerima surat untuk diedar kepada guru untuk guru tersebut mengambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap maklumbalas yang terkandung dalam surat-surat tersebut.

15.2                  Guru tidak boleh mengarahkan orang lain untuk menggantikannya kecuali bila ada persetujuan daripada pentadbir.

 

16         PELAWAT

Semua pelawat dikehendaki berjumpa dengan Pengetua/ Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau juru jual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.

 

17         PEMBELIAN BARANGAN / TEMPAHAN PERKHIDMATAN

17.1                  Guru yang hendak membuat pemembelian barangan atau menggunakan perkhidmatan dari pihak luar mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang Cadangan Pembelian/ Nota Minta (CP) yang boleh diperoleh di pejabat sekolah.

17.2                  Borang tersebut mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/ Guru Kanan Mata Pelajaran / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.

17.3                  Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.

17.4                  Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

 

18         KEGIATAN KOKURIKULUM

Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.

 

19         PERHIMPUNAN SEKOLAH

19.1                  Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang ditetapkan. Perhimpunan Rasmi pada hari Isnin akan bermula pada jam 7.30 pagi. Guru mesti berada di astaka perhimpunan selewat-lewatnya jam 7.25 pagi

19.3     Guru akan bersama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah.

 

 

20         MESYUARAT GURU

20.1      Dari semasa ke semasa Pengetua akan mengadakan mesyuarat guru. Kehadiran semua guru ke mesyuarat tersebut adalah diwajibkan.

20.2      Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Penolong Kanan, Guru Kanan / Ketua Panitia.

20.3    Guru-guru yang menghadiri taklimat/ mesyuarat/ kursus anjuran KPM/ JPN/ PPD hendaklah menyampaikan dapatan dan serahkan minit curai kepada Pengetua /Penolong Kanan.

 

21         BUKU STOK/ INVENTORI

Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/ inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku akan disemak dari masa ke semasa oleh Pengetua/ Penolong Kanan.

 

22         TANDA NAMA

Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah/ di luar sekolah.

 

23         KEAHLIAN KELAB GURU DAN STAF / PIBG

23.1                  Semua guru dan AKP secara automatik menjadi ahli kelab kebajikan guru dan staf dan semua guru secara automatik menjadi ahli PIBG sekolah.

23.2                  Jumlah yuran Kelab Guru dan Staf tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

 

 24         PENGGUNAAN ALAT

24.1      Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.

24.2      Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua unit/bahagian dan penjaga stok.

24.3     Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera sekiranya sudah digunakan serta berkeadaan baik.

24.4     Jika rosak hendaklah dilaporkan serta merta.

 

 

25         ARAHAN DAN PEKELILING

25.1      Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

25.2        Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah simpan dokumen tersebut didalam fail khas.

25.3       Sekiranya pekeliling itu daripada KPM, JPN, PPD guru hendaklah mengembalikan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.

 

26         TELEFON

Penggunaan telefon hanya untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan telefon awam / bimbit atas urusan peribadi.

 

27         KUNCI

27.1                  Semua kunci mesti disimpan di pejabat sekolah.

27.2                  Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua. Guru tersebut hendaklah bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.

 

28         ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH

28.1                Semua guru dan AKP dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

 

29         AKTIVITI KEROHANIAN / SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

29.1                  Semua guru diminta turut serta dalam aktiviti kerohanian yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

29.2                  Guru dikehendaki menunaikan solat Zohor berjemaah bersama pelajar di Surau al-Badr pada hari Isnin hingga Khamis pada pukul 2.40 petang.